Ketahui Punca Penyebab Masalah Kesuburan Lelaki dan Wanita (Part 1)

1. CARA HIDUP YANG TIDAK SIHAT
Pengambilan alkohol
Kesuburan kedua-dua lelaki dan wanita dapat
terjejas kesan pengambilan alkohol yang berlebihan. Mengurangkan pengambilan alcohol
boleh membantu untuk hamil.

Merokok
Lelaki yang merokok mungkin mempunyai bilangan sperma yang lebih sedikit
atau jumlah sperma abnormal yang tinggi berbanding dengan lelaki yang tidak
merokok. Kesan rokok keatas wanita pula ialah mempengaruhi kesuburan dan
menopaus pramasa. Merokok juga boleh menyebabkan risiko keguguran dan sakit bersalin
awal . Merokok sangat berbahaya untuk kesihatan janin. Disarankan berhenti
merokok sebelum hamil lagi samada lelaki mahupun wanita.

Dadah
Kebanyakan dadah mendatangkan kesan buruk ke
atas perkembangan bayi. Maka anda harus
berhenti dari mengambil sebarang dadah
rekreasi/dilarang jika berusaha untuk hamil.

2. BERAT BADAN YANG TIDAK SIHAT SAMADA UNDERWEIGHT/OVERWEIGHT
Berat badan yang tidak sihat atau ideal boleh mempengaruhi
kitaran haid anda seterusnya mengurangkan peluang untuk hamil. Bagi lelaki yang
berlebihan berat badan mungkin mempunyai bilangan sperma yang sedikit dan kurang
berkualiti. Kunjungi doctor atau jururawat untuk mengetahui berat badan ideal
anda dan dapatkan nasihat pratikal dalam meningkatkan atau mengurangkan berat
badan jika perlu.

3. PENGAMBILAN UBATAN YANG MENJEJASKAN KESUBURAN
Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh
memberikan kesan kepada kesuburan lelaki yang boleh menjejaskan pengeluaran
sperma atau merosakkan fungsi sperma antaranya
-antibiotik
-ubat rawatan darah tinggi/kencing manis
-ubat rawatan ulser/steroid
Sekiranya anda atau pasangan , mengambil
sebarang ubatan,periksa dengan doktor untuk memastikan ia tidak menjejaskan
kesuburan. Mungkin ada pilihan lain.

4. FAKTOR USIA
Usia melebihi 38-40 tahun, bilangan telur semakin berkurangan dan kualiti telur juga akan merosot . Sekiranya anda berumur 35 tahun ke atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor selepas enam bulan mencuba tetapi belum berhasil untuk hamil. Sekiranya anda berusia 40 tahun ke atas, mintalah nasihat doktor apabila ingin cuba hamil. Manakala, tidak banyak diketahui tentang kesuburan lelaki yang berusia tetapi dipercayai kesuburan lelaki merosot pada usia 40 tahun.

4. TEKANAN EMOSI/STRESS/MASALAH PSIKOLOGI
Ramai tidak menyedari bahawa stress, tekanan emosi atau masalah psikologi di dalam kehidupan seharian akan menjejaskan kesuburan seseorang. Pada golongan wanita,stress boleh mempengaruhi kitaran haid mereka. Di bahagian otak manusia, terdapat satu kelenjar besar yang dikenali sebagai hyphotalamus. Fungsinya adalah mengawal emosi, selera makan dan penghasilan hormon LH dan FSH yang akan merangsang pengeluaran ovum dari sarangnya. Disebabkan fungsinya saling berkait antara satu sama lain, maka gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon LH dan FSH seterusnya sama ada kitaran haid pada waktu tersebut mengalami ovulasi atau tidak.
Pada golongan lelaki, gangguan emosi akibat stress boleh menyebabkan mati pucuk sementara.
Selain itu, stress dapat mempengaruhi pasangan sama ada lelaki atau perempuan, sehingga menyebabkan pasangan kurang berminat terhadap hubungan intim atau mengurangkan kekerapan bersama sehingga menjejaskan peluang untuk hamil. Oleh itu, usahakan untuk bertenang.
5. KETIDAKSUBURAN YANG TIDAK DAPAT DIJELASKAN

Ada ketikanya semua ujian klinikal menyatakan
keputusan normal namun anda masih belum hamil setelah mencuba selama beberapa
tahun. Perkara ini pastinya mengecewakan dan menyedihkan kerana tidak diketahui
punca sebenar masalah untuk pembaikan dan rawatan. Dianggarkan lebih kurang
satu pertiga pasangan yang mengalami ketidaksuburan yang tidak jelas,akhirnya
hamil dalam masa 3 tahun tanpa sebarang bantuan perubatan

Nak saya bantu anda ?
SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak > Selayang > Rawang > Kepong > Ampang > KL
.................................
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia
ATAU
Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.
.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.
0 comments: