Tanda Hormon Tidak Stabil Dan Cara Berkesan Mengatasinya

2:27 am Farahana 11 Comments








Tanda seseorang wanita mempunyai hormon yang tidak stabil

Di dalam badan wanita terdapat dua jenis hormon yang dikenali sebagai hormon estrogen dan progesteron. Kedua-duanya wujud dalam keseimbangan.


Tahukah Anda Apa Itu Ketidakseimbangan Hormon?

Ketidakseimbangan Hormon bermaksud hubungan di antara tahap progesteron dan estrogen dalam badan adalah tidak seimbang.  Perubahan hormon yang tidak seimbang akan memberi kesan sampingan pada badan seseorang wanita. Gejala ketidakseimbangan hormon merupakan kesan negatif yang dapat dilihat dari ketidakstabilan hormon. Wanita biasanya akan mengalami gejala ketidakstabilan hormon antara usia 20 hingga 40 tahun. 
Salah satu sebab utama yang menyebabkan ketidakstabilan hormon adalah kerana ovulasi tidak berlaku.Dalam Kitaran Haid yang normal, hormon estrogen akan dihasilkan hanya pada hari-hari awal kitaran haid. Setelah ovulasi berlaku, badan wanita akan berhenti menghasilkan hormon estrogen dan mula mengeluarkan hormon progesteron. 

Hasilnya tahap kedua-dua hormon akan kekal seimbang. Dengan kehilangan ovulasi, paras estrogen dalam badan akan meningkat dan menyebabkan ketidakseimbangan hormon. 

Gejala atau petanda ketidakstabilan hormon pada wanita perlulah diambil berat dan diberi perhatian sebaik mungkin. Dibimbangi gejala ini akan membawa kepada beberapa komplikasi serta memberikan masalah di kemudian hari.


Dibawah saya senaraikan 15 gejala dan petanda ketidakstabilan hormon wanita untuk disemak.



1. Kitaran Haid tidak teratur

Tempoh kitaran haid seseorang perempuan  dari bulan pertama ke bulan berikutnya berlangsung antara 21-35 hari. . Pusingan haid sangat bergantung pada perubahan hormon dalam badan wanita. Jika ada perubahan hormon dalam tubuh, maka pusingan haid akan jadi  tidak menentu samada mungkin terlambat haid atau bahkan mengalami pendarahan lebih dari  biasa akibat hiperaktiviti hormon. 

Sekiranya anda tidak mempunyai kitaran yang sama setiap bulan atau lewat tempoh haid untuk beberapa bulan sedangkan anda belum menopause, kemungkinan anda mengalami ketidakstabilan hormon.

Keadaan ini mungkin disebabkan anda mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon tertentu seperti hormon estrogen dan progesteron. Sekiranya usia anda dalam lingkungan 40-50 tahun, mungkin ia merupakan gejala pramenopaus.
Walaubagaimanapun, perlu diingat, kitaran haid bulanan yang tidak teratur boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan seperti Sindrom Ovari Polisistik (PCOS). 

Sekiranya anda tidak hamil namun tidak didatangi haid selama beberapa bulan,  sebaiknya anda berjumpa dan membuat pemeriksaan doktor.

 

2. Mengalami Gangguan Tidur

Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur, ia mungkin berpunca dari ketidakstabilan hormon di dalam badan.

Fungsi hormon progesteron yang dihasilkan oleh ovari mampu  menyebabkan perasaan mengantuk. Jika tahap hormon progesteron lebih rendah daripada biasa, maka anda akan mengalami kesukaran untuk tidur.

Tahap estrogen yang rendah juga boleh menyebabkan hot flashes dan berpeluh diwaktu malam yang  seterusnya menyebabkan anda terbangun dan sukar untuk tidur kembali.


3. Jerawat Kronik

Tumbuh jerawat ketika hampir didatangi haid adalah normal. Ini kerana ketika itu berlakunya perubahan hormon di dalam badan. Namun jerawat kronik yang tidak hilang-hilang boleh menjadi satu petanda bahawa anda mempunyai hormon yang tidakstabil atau  tidakseimbang.

Kadar hormon androgen (hormon ‘lelaki’ yang ada dalam badan lelaki dan perempuan) yang berlebihan boleh menyebabkan kelenjar minyak anda bekerja terlalu keras. Hormon androgen juga mampu memberi kesan kepada sel-sel kulit di dalam dan di sekitar folikel rambut anda.  Kedua hal ini dapat menyumbat liang pori anda dan seterusnya menyebabkan timbulnya jerawat.



4. Perut Tidak Selesa

Usus anda  dilapisi oleh sel-sel kecik yang dikenali sebagai reseptor. Sel ini berfungsi untuk bertindak balas dengan hormon estrogen dan progesteron.

Ketika hormon ini adalah lebih tinggi atau lebih rendah daripada biasa, anda akan merasakan perubahan dalam cara mencerna makanan.  Ketika anda menghampiri tempoh haid akan muncullah ketidakselesaan pada perut seperti cirit-birit, sakit perut, kembung,  dan loya.  Hal ini disebabkan oleh berlakunya perubahan tahap hormon estrogen dan progesteron di dalam badan.

Nah, Jika anda sering mengalami masalah pencernaan, lebih-lebih lagi ditambah pula dengan kemunculan jerawat serta mudah letih walaupun bukan di dalam tempoh haid, ianya mungkin disebabkankn ketidakstabilan hormon.


5. Sakit Kepala

Banyak penyebab yang boleh mencetuskan sakit kepala seperti ketidakstabilan hormon. Terutamanya kepada wanita kerana tahap estrogen sangat berpengaruh dalam keadaan ini.

Itulah juga penyebab kenapa wanita sering mengalami sakit kepala ketika didatangi haid. Ianya disebabkan, tahap estrogen pada masa itu akan berkurangan di dalam badan.

Sakit kepala yang berlaku secara  tetap atau dalam kitaran yang sama boleh menjadi tanda bahawa tahap hormon anda sedang berubah.



6. Mudah letih

Adakah kebelakangan ini anda berasa letih sepanjang waktu? Keletihan merupakan salah satu daripada gejala yang sering berlaku akibat ketidakstabilan hormon.
Hormon progesteron yang berlebihan mampu membuatkan anda mengantuk. Dan sekiranya kelenjar tiroid anda kurang menghasilkan hormon tiroid, anda  juga akan rasa kurang bertenaga.
Bagi mengetahui kadar  hormon tiroid anda, ujian darah boleh dilakukan.



7. Perubahan Mood dan Kemurungan

Para penyelidik menyimpulkan, perubahan hormon boleh menyebabkan kemurungan atau mood yang tidak menentu. Ketika hormon mula tidak seimbang, anda akan menjadi mudah marah dan tertekan.

Hormon estrogen di dalam badan mampu mempengaruhi bahan kimia utama di dalam otak seperti serotonin, dopamin, dan norepinephrine. Namun hormon lain yang melalui jalan yang sama seperti neurotransmiter juga memainkan  peranan dalam mempengaruhi mood anda.



8. Perubahan Nafsu makan dan berat badan

Ketika mood sedang tidak menentu, maka tahap estrogen anda berkurangan dan anda mempunyai kecenderungan untuk makan lebih banyak.

Inilah penyebab kenapa tahap hormon di dalam badan mampu memainkan peranan dalam peningkatan berat badan.



9. Perubahan Payudara

Penurunan hormon estrogen membuatkan tisu payudara menjadi kurang padat. Sebaliknya peningkatan hormon estrogen mengentalkan tisu payudara malah boleh menyebabkan ketulan atau cyst.

Jika anda mengalami perubahan pada tekstur payudara, kemungkinan anda mengalami ketidakstabilan hormon.

Disarankan agar anda berbincang dengan doktor anda jika ada mengalami sebarang perubahan pada payudara.


10. Kekeringan Faraj

Biasanya permukaan faraj tetap basah dan terlebih ketika waktu subur. Sesekali mengalami kekeringan faraj adalah sesuatu yang normal. Namun, jika anda kerap mengalami kekeringan faraj atau sekali dengan kegatalan, ianya mungkin disebabkan oleh ketidakstabilan hormon. Lebih tepat lagi, anda mempunyai tahap estrogen yang rendah di dalam badan.

Ini kerana fungsi hormon estrogen adalah membantu faraj untuk kekal lembap dan selesa. Sekiranya hormon estrogen menurun disebabkan ketidakstabilan hormon, maka cecair faraj pun turut berkurangan.



11. Kehendak seksual rendah

Kebanyakan orang berfikir hormon testosteron hanyalah hormon untuk lelaki, tetapi sebenarnya tubuh wanita juga turut  menghasilkan hormon ini. Jika paras testosteron anda lebih rendah daripada biasa, ianya boleh menyebabkan anda kurang minat untuk bercinta atau kehilangan libido.

Hormon yang tidak seimbang jelas mempengaruhi kehendak seksual wanita.


12. Mudah Lupa

Para pakar belum dapat mengenalpasti dengan tepat bagaimana hormon boleh mempengaruhi otak anda. Namun apa yang mereka tahu, perubahan dalam estrogen dan progesteron boleh membuatkan kepala anda rasa ‘kosong’ atau tidak jelas sehingga sukar untuk mengingat beberapa perkara. Ketika mengalami gangguan hormon, memori aktif di otak akan gagal sehingga menyebabkan mudah menjadi pelupa.

Itulah yang membuatkan beberapa pakar berfikir estrogen mungkin boleh menjejaskan bahan kimia pada otak yang dipanggil neurotransmitter.
Keluhan mengenai masalah memori atau ingatan ini juga turut dialami ketika pramenopause dan menopause. Tetapi ia juga boleh menjadi tanda-tanda yang berkaitan dengan masalah hormon seperti penyakit tiroid.

Sekiranya anda mengalami kesukaran berfikir dengan jelas dan mudah lupa, cubalah berbincang dengan doktor anda.



13. Belum berjaya untuk hamil

Sekiranya sudah lama berusaha untuk hamil namun masih belum mendapat hasilnya, maka perlu diselidiki kemungkinan anda menderita ketidakseimbangan hormon.


14. Rambut gugur

Salah satu terjadinya pertumbuhan rambut disebabkan oleh hormon. Jika memiliki kadar hormon progesteron yang tinggi, pertumbuhan rambut akan cepat dan tebal. 

Tetapi selama hormon tidak seimbang, mungkin anda akan kehilangan banyak rambut.


15. Hot flashes

Hot flashes merupakan gejala yang dihadapi ketika menopaus. Tandanya adalah anda merasa panas ditubuh selama 2 hingga ke 30 minit. Wajah kelihatan merah dan panas apabila disentuh. Ianya berpunca daripada perubahan hormon yang mengakibatkan pembuluh darah melebar serta kadar denyutan jantung meningkat.

Inilah antara tanda perubahan hormon badan... Jadi, jika ada tanda-tanda ini... Mungkin kita boleh berusaha untuk mengenalpasti punca dan mengatasinya.

Bagaimana untuk mengatasi hormon yang tidak seimbang

Mengekalkan keseimbangan hormon adalah sangat penting untuk menjaga keamanan dan kemakmuran dalam hidup. Hormon-hormon ini sangat memberi kesan terhadap tahap kesihatan  kulit, pola tidur, berat badan, kesihatan sistem peranakan, mood dan tahap tenaga anda.

Berikut adalah beberapa cara untuk menyeimbangkan hormon anda secara semulajadi.


1. Tidur

Tidur adalah waktu dimana tubuh sedang membaikpulih. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk menstabilkan hormon. Tanpa tidur yang cukup, badan kita akan mewujudkan banyak masalah termasuklah mengganggu sistem endokrin. 

Semua pakar mengesyorkan untuk tidur selama tujuh hingga sembilan jam sehari.



2. Mengurangkan Tekanan atau Stress

Apabila tahap tekanan atau stress meningkat, badan kita akan mengalami peningkatan kadar jantung dan adrenalin. Ini menyebabkan kortisol hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal menjadi berlebihan.

Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Elizabeth Scott, MD, kortisol yang berlebihan dalam jangka waktu panjang boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, ketidakseimbangan tiroid, kehilangan kepadatan tulang, hiperglisemia, berat badan, dan sebagainya.

Pelajari cara bagaimana untuk menguruskan stress dengan baik, Salah satunya ialah teknik pernafasan. Ianya membolehkan badan anda untuk berehat seketika.



3.Bersukan

Senaman berkala akan membantu anda tidur dengan lebih nyenyak pada waktu malam. Pastikan anda sentiasa bersenam bagi mengekalkan hormon agar tetap seimbang.



4. Diet yang sihat

Apabila hormon tidak seimbang, diet merupakan perkara yang terbaik untuk dilakukan. Elakkan makanan yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada sistem endokrin.

Makanan semulajadi yang kaya dengan serat dan berlemak sangat penting, seperti avocado, sayur-sayuran hijau, kentang , dan blueberi.



5. Mengurangkan Kopi

Kafein merupakan perangsang hormon. Jadi, sebaiknya anda kurangkan pengambilan kafein sebanyak mungkin.



6. Perbanyakkan pengambilan vitamin D

Hormon sangat dipengaruhi oleh vitamin D. Jika anda tidak boleh mendapatkan cahaya matahari semulajadi,  pastikan anda mengambil vitamin D dan supplemen B12 sekiranya perlu.




7. Mengambil Supplemen atau Vitamin

Multivitamin merupakan salah satu daripada beberapa cara untuk menstabilkan hormon. Hakikatnya , kehidupan anda akan lebih baik jika anda dapat menyeimbangkan hormon secara semulajadi. 

Bagi menyeimbangkan hormon anda. Selain daripada menggunakan perubatan moden dengan bantuan doktor, Saya cadangkan anda mencuba cara alternatif dengan mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi.


Secara jujurnya, saya sangat mengesyorkan  wanita diluar sana untuk mencuba cara alternatif melalui pengambilan vitamin Semulajadi Shaklee kerana haid dan hormon wanita boleh distabilkan melalui pengambilan bahan semulajadi. Tambahan lagi, cara alternatif ini tidak akan memberikan kesan sampingan cuma anda perlu konsisten dan bersabar untuk mendapatkan hasilnya.


Sebenarnya, telah ramai yang memperolehi manfaat melalui pengambilan vitamin semulajadi shaklee ini. Alhamdulillah bagi yang ingin hamil telah pun berjaya setelah mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. Antaranya adalah saya sendiri.Saya hamil dalam 3 bulan selepas mengamalkan vitamin Shaklee.

Tiga Supplemen Shaklee Untuk Stabilkan Hormon Dan Memastikan Haid Teratur.

Terdapat TIGA supplemen yang perlu diambil bagi menstabilkan hormon. Supplemen-supplemen itu adalah seperti berikut:-

1. GLA Complex Shaklee.


 Testimoni

2. Energizing Soy Protein Shaklee.
Testimoni


3. Alfalfa Complex Shaklee.

Testimoni


Ramai yang telah merasai kebaikan vitamin-vitamin Shaklee. Dianggarkan hampir 1 peratus daripada 30 juta orang rakyat Malaysia telah pun memilih Shaklee dalam kehidupan seharian mereka. 

SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA


Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

You Might Also Like

11 comments:

  1. Most of the time I don’t make comments on websites, but I'd like to say that this article really forced me to do so. Really nice post!
    best natural hormone replacement

    ReplyDelete
  2. What are the best casinos to play in 2021?
    Which casinos offer slots? — Casino Sites. Best casino sites are melbet those that allow players to 메가 슬롯 try a game from anywhere. The most หาเงินออนไลน์ common online slots 포커 고수

    ReplyDelete
  3. เว็บเดิมพัน SLOT PG ที่ดีที่สุดในตอนนี้ เล่นง่าย สมัครฟรีไม่มีขั้นต่ำ เกมสล็อตพีจี

    ReplyDelete
  4. Trying can be tedious. But the rewards are always sweet. cm'แทงบอลโลก2022

    ReplyDelete
  5. It’s such a great article, thanks for sharing. It helps me a lot. สล็อตUFABET

    ReplyDelete
  6. ประวัติดอกทานตะวัน7 October 2023 at 16:50

    It’s such a great article, thanks for sharing. It helps me a lot.
    ประวัติดอกทานตะวัน
    ประวัติดอกทานตะวัน

    ReplyDelete