11 Tips Mudah Hamil Selepas Keguguran

9:09 pm Farahana 0 Comments






Pastinya setiap bakal ibu merasa sedih apabila mengalami keguguran. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan  ketika itu. Bagi yang sangat-sangat menginginkan cahaya mata, pastinya  berharap agar dapat cepat hamil semula selepas keguguran. Jadi kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips mudah hamil selepas keguguran.

Sebelum anda merancang untuk hamil semula, anda dinasihatkan untuk menunggu sekurang-kurangnya 3 kali kitaran haid yang normal untuk hamil kembali.

Sekiranya ada melakukan proses D&C selepas keguguran, untuk hamil kembali disarankan menunggu sekurang-kurangya 6 bulan.


Perkara pertama dan paling penting sekali bagi tips cepat hamil ialah menentukan waktu subur isteri kerana pada waktu ini ovum mengeluarkan telur untuk disenyawakan.  Ianya meninggikan potensi untuk hamil. Jika tidak sia-sialah usaha anda.

4 cara yang boleh dilakukan bagi mengetahui waktu subur.

1. Gunakan kaedah kalendar bagi mengenalpasti corak kitaran period anda. Lakukan cara ini untuk beberapa bulan. Catatkan kedatangan period bermula hari yang pertama hingga hari terakhir. Biasanya ovulasi bagi kitaran period 28 hari, hari ovulasi ialah pada hari ke 14. Namun begitu ia bergantung pada kitaran haid setiap wanita. Ada hari yang ke 13 dan ada hari yang ke 16.

2. Perhatikan lendir yang keluar di bahagian intim.  Ketika waktu subur lendir serviks berwarna jernih seperti putih telur. Ia menandakan anda sedang mengalami ovulasi tetapi apabila lendir menjadi seperti keruh atau hilang anda terlepas masa ovulasi.

3. Anda boleh menentukan waktu subur melalui termometer. Lakukan ujian suhu termometer sebaik sahaja  bangun tidur. Suhu badan ketika ovulasi selalunya akan sedikit meningkat 2-3 hari sebelum ovulasi berlaku.

4. Gunakan alat ujian ovulasi(OPK) yang banyak dijual di farmasi. Kaedah ini paling senang dan tepat bagi mengesan waktu subur anda. Ia dapat mengesan hormon LH didalam badan anda yang akan meningkat dan memuncak beberapa jam sebelum ovulasi . Lakukan seawal 2-3 hari sebelum tarikh dijangka anda megalami ovulasi.


Seterusnya amalkan tips-tips berikut bagi meningkatkan lagi peluang untuk hamil semula.

1. Lakukan hubungan seks dengan kerap pada waktu subur. Lakukan hubungan intim dalam seminggu sebanyak 2-3 kali semasa tarikh yang hampir dengan waktu ovulasi. Ini akan meningkatkan peluang untuk hamil.

2. Elakkan melakukan hubungan seks setiap hari jika menghampiri waktu subur kerana kepekatan sperma atau air mani akan sedikit menurun setiap kali selepas seks. Lakukan seks selang sehari atau dua hari sebelum waktu subur bagi meningkatkan kepekatan air mani dan sperma.

3. Amalkan gaya hidup yang sihat. Pastikan anda mengekalkan berat badan yang ideal, ambil pemakanan yang sihat dan berkhasiat, hindari minuman berkafien serta hindari stress.

4. Jalani pemeriksaan doktor. Ianya bagi memastikan anda bebas dari sebarang masalah seperti cyst, endometriosis atau fibroid yang kerap manjadi penyebab sukar hamil. Sekiranya penyakit ini dikesan awal, insyaAllah rawatan dapat membantu anda untuk hamil.

5. Tingkatan Kesuburan suami. Tahap kesihatan suami perlulah berada pada tahap yang optimum dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti makan makanan yang seimbang dan mempunyai berat badan yang ideal, bersenam, hindari merokok dan sebarang minuman keras. 

Seandainya terdapat sebarang isu ketika seks seperti ejakulasi pra-matang, sebaiknya anda berbincang dengan doktor. Ianya mungkin penyebab sukar hamil.

6. Amalkan pengambilan multivitamin. Bagi wanita yang merancang untuk hamil, adalah dinasihatkan untuk mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkn risiko kecacatan janin seperti spina bifida dan neural tiub. Bagi suami pula disarankan mengambil vitamin zinc bagi meningkatkan penghasilan sperma.

7. Amalkan pengambilan makanan seimbang. Mengawal pengambilan makanan seimbang sangat penting terutama bagi mereka yang mengalami masalah ovulasi.  Masalah ovulasi pula berkait rapat dengan penyakit PCOS, iaitu salah satu penyebab wanita sukar hamil. 

PCOS berkait dengan masalah kekebalan insulin  yang mana akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Namun begitu, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menstabilkan period mereka semula dan seterusnya berovulasi secara semulajadi.

8. Lebihkan protein berasaskan sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. Pengambilan protein yang mencukupi sangat penting dalam meningkatkan kesuburan anda. Protein yang mencukupi merupakan asas bagi pembentukan sel-sel yang sihat. 

Ovum merupakan sel begitu juga dinding rahim yang terdiri daripada sel. Maka pengambilan protein yang mencukupi dapat menghasilkan ovum yang sihat dan matang serta menguatkan dinding rahim.

9. Hindari makanan segera. Amalkan memakan lelema monosaturated dan kurangkan lemak transfat yang terdapat pada makanan segera.

10. Berurut dengan orang yang berpengalaman. Berurut juga boleh membantu anda cepat  hamil. Bidan yang berpengalaman dapat mengesan sekiranya ada masalah di peranakan anda seperti rahim jatuh, rahim terbalik atau sebagainya. Kebiasaanya bidan dapat membetulkan masalah tersebut dengan urutan.

11. Hindari atau kurangkan tekanan.  Hidup pasti ada tekanan , tidak ligik kalau tiada tekanan langsung dalam hidup ni. Namun, terlalu tertekan boleh membawa kepada masalah ketidaksuburan. Anda boleh mengurangkan tekanan dengan melakukan aktivit ringan seperti:-

-Membaca Al-quran
-Bersenam
-Memasak
-Manjakan diri ke spa atau salon
-Meluangkan masa dengan kawan dan keluarga
-Beromantik dengan suami

Bagaimana Vitamin Shaklee dapat membantu anda untuk hamil semula serta mengelakkan keguguran berulang?

Anda boleh cuba untuk berikhtiar dengan mengambil suplemen Shaklee bagi memaksimumkan peluang untuk mengandung.  Ianya membantu menguatkan rahim, mengoptimumkan tahap kesihatan dengan membekalkan segala nutrisi yang diperlukan badan dan seterusnya meningkatkan kesuburan suami isteri bagi persediaan kehamilan akan datang.

InsyaAllah, Sekiranya keguguran anda dulu  tidak disusuli sebarang komplikasi kehamilan, insyaAllah semuanya akan kembali normal.



Set Kesuburan Shaklee bukan sahaja mampu meningkatkan kesuburan tetapi juga:

- memudahkan proses berkaitan persenyawaan dan perlekatan embrio.
-mematangkan ovum bagi menjayakan proses persenyawaan
-membantu sperma hidup lebih lama sehingga 5 hari di tiub fallopio
-menghasilkan cecair serviks yang berkualiti dan subur
-menstabilkan hormon
-menguatkan rahim
-menghasilkan sperma yang sihat
-melancarkan kitaran haid supaya lebih teratur
-membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan badan  sebagai persediaan hamil.
-mengecutkan cyst,fibroid,endometriosis

Kenapa Saya menyarankan  set kesuburan shaklee?

Saya juga pernah mengalami keguguran disebabkan terlalu aktif serta kurang menjaga kesihatan diri.

Alhamdulillah, selepas saya mengamalkan set kesuburan shaklee dalam masa 3 bulan, saya disahkan hamil. Kali ini saya memberikan perhatian yang lebih pada kandungan dan akhirnya termakbul juga doa saya untuk mendapatkan cahaya mata penyeri rumah tangga kami. Tambahan lagi, ia terbukti secara saintifik melalui kajian yang dilakukan para saintis bahawa produk shaklee selamat, berkesan dan semulajadi bukanlah hanya sekadar cakap kosong.

Oleh itu sangat disarankan agar anda cuba berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee untuk suami isteri ni. Ianya telah membantu saya dan ribuan pasangan lain selama ini.

Rahsia kehamilan yang sihat yang telah membantu ramai pasangan. Inilah pilihan terbaik bagi anda yang betul-betul serius ingin hamil.
InsyaAllah set kesuburan shaklee mampu memberikan harapan kepada suami isteri  untuk mendapatkan cahaya mata.Jangan pernah berhenti berharap.


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA


Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

You Might Also Like

0 comments: