Tanda Hormon Tidak Stabil Dan Cara Berkesan Mengatasinya
Tanda seseorang wanita
mempunyai hormon yang tidak stabil
Di dalam badan wanita terdapat dua jenis hormon
yang dikenali sebagai hormon estrogen dan progesteron. Kedua-duanya wujud dalam
keseimbangan.
Tahukah Anda Apa Itu
Ketidakseimbangan Hormon?
Ketidakseimbangan Hormon bermaksud hubungan di antara
tahap progesteron dan estrogen dalam badan adalah tidak seimbang. Perubahan hormon yang tidak seimbang akan
memberi kesan sampingan pada badan seseorang wanita. Gejala ketidakseimbangan
hormon merupakan kesan negatif yang dapat dilihat dari ketidakstabilan hormon.
Wanita biasanya akan mengalami gejala ketidakstabilan hormon antara usia 20
hingga 40 tahun.
Salah satu sebab utama yang menyebabkan ketidakstabilan hormon
adalah kerana ovulasi tidak berlaku.Dalam Kitaran Haid yang normal, hormon estrogen
akan dihasilkan hanya pada hari-hari awal kitaran haid. Setelah ovulasi
berlaku, badan wanita akan berhenti menghasilkan hormon estrogen dan mula
mengeluarkan hormon progesteron.
Hasilnya tahap kedua-dua hormon akan kekal
seimbang. Dengan kehilangan ovulasi, paras estrogen dalam badan akan meningkat
dan menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
Gejala atau petanda ketidakstabilan
hormon pada wanita perlulah diambil berat dan diberi perhatian sebaik mungkin. Dibimbangi
gejala ini akan membawa kepada beberapa komplikasi serta memberikan masalah di
kemudian hari.
Dibawah saya senaraikan 15 gejala dan petanda
ketidakstabilan hormon wanita untuk disemak.
1. Kitaran Haid tidak teratur
Tempoh kitaran haid seseorang perempuan dari bulan pertama ke bulan berikutnya
berlangsung antara 21-35 hari. . Pusingan haid sangat bergantung pada perubahan
hormon dalam badan wanita. Jika ada perubahan hormon dalam tubuh, maka pusingan
haid akan jadi tidak menentu samada
mungkin terlambat haid atau bahkan mengalami pendarahan lebih dari biasa akibat hiperaktiviti hormon.
Sekiranya
anda tidak mempunyai kitaran yang sama setiap bulan atau lewat tempoh haid untuk
beberapa bulan sedangkan anda belum menopause, kemungkinan anda mengalami
ketidakstabilan hormon.
Keadaan ini mungkin disebabkan anda mempunyai
terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon tertentu seperti hormon estrogen dan
progesteron. Sekiranya usia anda dalam lingkungan 40-50 tahun, mungkin ia merupakan
gejala pramenopaus.
Walaubagaimanapun, perlu diingat, kitaran haid
bulanan yang tidak teratur boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan seperti
Sindrom Ovari Polisistik (PCOS).
Sekiranya anda tidak hamil namun tidak
didatangi haid selama beberapa bulan, sebaiknya anda berjumpa dan membuat
pemeriksaan doktor.
2. Mengalami Gangguan Tidur
Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur,
ia mungkin berpunca dari ketidakstabilan hormon di dalam badan.
Fungsi hormon progesteron yang dihasilkan oleh
ovari mampu menyebabkan perasaan mengantuk.
Jika tahap hormon progesteron lebih rendah daripada biasa, maka anda akan
mengalami kesukaran untuk tidur.
Tahap estrogen yang rendah juga boleh
menyebabkan hot flashes dan berpeluh diwaktu malam yang seterusnya menyebabkan anda terbangun dan
sukar untuk tidur kembali.
3. Jerawat Kronik
Tumbuh jerawat ketika hampir didatangi haid
adalah normal. Ini kerana ketika itu berlakunya perubahan hormon di dalam
badan. Namun jerawat kronik yang tidak hilang-hilang boleh menjadi satu petanda
bahawa anda mempunyai hormon yang tidakstabil atau tidakseimbang.
Kadar hormon androgen (hormon ‘lelaki’ yang ada
dalam badan lelaki dan perempuan) yang berlebihan boleh menyebabkan kelenjar
minyak anda bekerja terlalu keras. Hormon androgen juga mampu memberi kesan
kepada sel-sel kulit di dalam dan di sekitar folikel rambut anda. Kedua hal ini dapat menyumbat liang pori anda
dan seterusnya menyebabkan timbulnya jerawat.
4. Perut Tidak
Selesa
Usus anda dilapisi oleh sel-sel kecik yang dikenali
sebagai reseptor. Sel ini berfungsi untuk bertindak balas dengan hormon
estrogen dan progesteron.
Ketika hormon
ini adalah lebih tinggi atau lebih rendah daripada biasa, anda akan merasakan
perubahan dalam cara mencerna makanan. Ketika
anda menghampiri tempoh haid akan muncullah ketidakselesaan pada perut seperti cirit-birit,
sakit perut, kembung, dan loya. Hal ini disebabkan oleh berlakunya perubahan
tahap hormon estrogen dan progesteron di dalam badan.
Nah, Jika anda
sering mengalami masalah pencernaan, lebih-lebih lagi ditambah pula dengan
kemunculan jerawat serta mudah letih walaupun bukan di dalam tempoh haid, ianya
mungkin disebabkankn ketidakstabilan hormon.
5. Sakit Kepala
Banyak penyebab
yang boleh mencetuskan sakit kepala seperti ketidakstabilan hormon. Terutamanya
kepada wanita kerana tahap estrogen sangat berpengaruh dalam keadaan ini.
Itulah juga
penyebab kenapa wanita sering mengalami sakit kepala ketika didatangi haid.
Ianya disebabkan, tahap estrogen pada masa itu akan berkurangan di dalam badan.
Sakit kepala
yang berlaku secara tetap atau dalam
kitaran yang sama boleh menjadi tanda bahawa tahap hormon anda sedang berubah.
6. Mudah letih
Adakah kebelakangan ini anda berasa letih sepanjang
waktu? Keletihan merupakan salah satu daripada gejala yang sering berlaku
akibat ketidakstabilan hormon.
Hormon progesteron yang berlebihan mampu
membuatkan anda mengantuk. Dan sekiranya kelenjar tiroid anda kurang menghasilkan
hormon tiroid, anda juga akan rasa
kurang bertenaga.
Bagi mengetahui kadar hormon tiroid anda, ujian darah boleh
dilakukan.
7. Perubahan Mood dan Kemurungan
Para penyelidik menyimpulkan, perubahan hormon
boleh menyebabkan kemurungan atau mood yang tidak menentu. Ketika hormon mula
tidak seimbang, anda akan menjadi mudah marah dan tertekan.
Hormon estrogen di dalam badan mampu
mempengaruhi bahan kimia utama di dalam otak seperti serotonin, dopamin, dan
norepinephrine. Namun hormon lain yang melalui jalan yang sama seperti
neurotransmiter juga memainkan peranan
dalam mempengaruhi mood anda.
8. Perubahan Nafsu makan dan berat
badan
Ketika mood sedang tidak menentu, maka tahap
estrogen anda berkurangan dan anda mempunyai kecenderungan untuk makan lebih
banyak.
Inilah penyebab kenapa tahap hormon di dalam
badan mampu memainkan peranan dalam peningkatan berat badan.
9. Perubahan Payudara
Penurunan hormon estrogen membuatkan tisu
payudara menjadi kurang padat. Sebaliknya peningkatan hormon estrogen
mengentalkan tisu payudara malah boleh menyebabkan ketulan atau cyst.
Jika anda mengalami perubahan pada tekstur
payudara, kemungkinan anda mengalami ketidakstabilan hormon.
Disarankan agar anda berbincang dengan doktor
anda jika ada mengalami sebarang perubahan pada payudara.
10. Kekeringan Faraj
Biasanya permukaan faraj tetap basah dan
terlebih ketika waktu subur. Sesekali mengalami kekeringan faraj adalah sesuatu
yang normal. Namun, jika anda kerap mengalami kekeringan faraj atau sekali
dengan kegatalan, ianya mungkin disebabkan oleh ketidakstabilan hormon. Lebih
tepat lagi, anda mempunyai tahap estrogen yang rendah di dalam badan.
Ini kerana fungsi hormon estrogen adalah
membantu faraj untuk kekal lembap dan selesa. Sekiranya hormon estrogen menurun
disebabkan ketidakstabilan hormon, maka cecair faraj pun turut berkurangan.
11. Kehendak seksual rendah
Kebanyakan orang berfikir hormon testosteron
hanyalah hormon untuk lelaki, tetapi sebenarnya tubuh wanita juga turut menghasilkan hormon ini. Jika paras
testosteron anda lebih rendah daripada biasa, ianya boleh menyebabkan anda
kurang minat untuk bercinta atau kehilangan libido.
Hormon yang tidak seimbang jelas mempengaruhi
kehendak seksual wanita.
12. Mudah Lupa
Para pakar belum dapat mengenalpasti dengan
tepat bagaimana hormon boleh mempengaruhi otak anda. Namun apa yang
mereka tahu, perubahan dalam estrogen dan progesteron boleh membuatkan kepala
anda rasa ‘kosong’ atau tidak jelas sehingga sukar untuk mengingat beberapa
perkara. Ketika mengalami gangguan hormon, memori aktif di otak akan gagal
sehingga menyebabkan mudah menjadi pelupa.
Itulah yang membuatkan beberapa pakar berfikir
estrogen mungkin boleh menjejaskan bahan kimia pada otak yang dipanggil
neurotransmitter.
Keluhan mengenai masalah memori atau ingatan ini
juga turut dialami ketika pramenopause dan menopause. Tetapi ia juga boleh
menjadi tanda-tanda yang berkaitan dengan masalah hormon seperti penyakit
tiroid.
Sekiranya anda mengalami kesukaran berfikir
dengan jelas dan mudah lupa, cubalah berbincang dengan doktor anda.
13. Belum berjaya untuk hamil
Sekiranya sudah lama berusaha untuk hamil namun
masih belum mendapat hasilnya, maka perlu diselidiki kemungkinan anda menderita
ketidakseimbangan hormon.
14. Rambut gugur
Salah satu terjadinya pertumbuhan rambut
disebabkan oleh hormon. Jika memiliki kadar hormon progesteron yang tinggi,
pertumbuhan rambut akan cepat dan tebal.
Tetapi selama hormon tidak seimbang,
mungkin anda akan kehilangan banyak rambut.
15. Hot flashes
Hot flashes merupakan gejala yang dihadapi
ketika menopaus. Tandanya adalah anda merasa panas ditubuh selama 2 hingga ke
30 minit. Wajah kelihatan merah dan panas apabila disentuh. Ianya berpunca daripada
perubahan hormon yang mengakibatkan pembuluh darah melebar serta kadar denyutan
jantung meningkat.
Inilah antara tanda perubahan hormon badan...
Jadi, jika ada tanda-tanda ini... Mungkin kita boleh berusaha untuk
mengenalpasti punca dan mengatasinya.
Bagaimana untuk mengatasi hormon
yang tidak seimbang
Mengekalkan keseimbangan hormon adalah sangat
penting untuk menjaga keamanan dan kemakmuran dalam hidup. Hormon-hormon ini sangat
memberi kesan terhadap tahap kesihatan kulit, pola tidur, berat badan, kesihatan sistem
peranakan, mood dan tahap tenaga anda.
Berikut adalah beberapa cara untuk menyeimbangkan
hormon anda secara semulajadi.
1. Tidur
Tidur adalah waktu dimana tubuh sedang
membaikpulih. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk menstabilkan hormon.
Tanpa tidur yang cukup, badan kita akan mewujudkan banyak masalah termasuklah
mengganggu sistem endokrin.
2. Mengurangkan Tekanan atau Stress
Apabila tahap tekanan atau stress meningkat,
badan kita akan mengalami peningkatan kadar jantung dan adrenalin. Ini
menyebabkan kortisol hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal menjadi
berlebihan.
Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Elizabeth
Scott, MD, kortisol yang berlebihan dalam jangka waktu panjang boleh membawa
kepada pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi,
ketidakseimbangan tiroid, kehilangan kepadatan tulang, hiperglisemia, berat
badan, dan sebagainya.
Pelajari cara bagaimana untuk menguruskan stress
dengan baik, Salah satunya ialah teknik pernafasan. Ianya membolehkan badan
anda untuk berehat seketika.
3.Bersukan
Senaman berkala akan membantu anda tidur dengan
lebih nyenyak pada waktu malam. Pastikan anda sentiasa bersenam bagi mengekalkan
hormon agar tetap seimbang.
4. Diet yang sihat
Apabila hormon tidak seimbang, diet merupakan
perkara yang terbaik untuk dilakukan. Elakkan makanan yang boleh memberikan
kesan tidak baik kepada sistem endokrin.
Makanan semulajadi yang kaya dengan serat dan
berlemak sangat penting, seperti avocado, sayur-sayuran hijau, kentang , dan
blueberi.
5. Mengurangkan Kopi
Kafein merupakan perangsang hormon. Jadi,
sebaiknya anda kurangkan pengambilan kafein sebanyak mungkin.
6. Perbanyakkan pengambilan vitamin
D
Hormon sangat dipengaruhi oleh vitamin D. Jika
anda tidak boleh mendapatkan cahaya matahari semulajadi, pastikan anda mengambil vitamin D dan
supplemen B12 sekiranya perlu.
7. Mengambil Supplemen atau Vitamin
Multivitamin merupakan salah satu daripada
beberapa cara untuk menstabilkan hormon. Hakikatnya , kehidupan anda akan lebih
baik jika anda dapat menyeimbangkan hormon secara semulajadi.
Bagi menyeimbangkan hormon anda. Selain daripada menggunakan perubatan moden dengan bantuan doktor, Saya cadangkan anda mencuba cara alternatif dengan mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi.
Bagi menyeimbangkan hormon anda. Selain daripada menggunakan perubatan moden dengan bantuan doktor, Saya cadangkan anda mencuba cara alternatif dengan mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi.
Secara
jujurnya, saya sangat mengesyorkan wanita diluar sana untuk mencuba
cara alternatif melalui pengambilan vitamin Semulajadi Shaklee
kerana haid dan hormon wanita boleh distabilkan melalui pengambilan bahan
semulajadi. Tambahan lagi, cara alternatif ini tidak akan memberikan kesan sampingan cuma anda perlu konsisten dan bersabar untuk mendapatkan hasilnya.
Sebenarnya,
telah ramai yang memperolehi manfaat melalui pengambilan vitamin semulajadi shaklee ini. Alhamdulillah bagi yang ingin hamil telah pun berjaya setelah
mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. Antaranya adalah saya sendiri.Saya hamil dalam 3 bulan selepas mengamalkan vitamin Shaklee.
Tiga
Supplemen Shaklee Untuk Stabilkan Hormon Dan Memastikan Haid Teratur.
Terdapat
TIGA supplemen yang perlu diambil bagi menstabilkan hormon. Supplemen-supplemen
itu adalah seperti berikut:-
1.
GLA Complex Shaklee.
Testimoni
2.
Energizing Soy Protein Shaklee.
Testimoni
3.
Alfalfa Complex Shaklee.
Testimoni
Ramai
yang telah merasai kebaikan vitamin-vitamin Shaklee. Dianggarkan hampir 1
peratus daripada 30 juta orang rakyat Malaysia telah pun memilih Shaklee dalam
kehidupan seharian mereka.
SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak > Selayang > Rawang > Kepong > Ampang > KL
.................................
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia
ATAU
Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.
.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.
Most of the time I don’t make comments on websites, but I'd like to say that this article really forced me to do so. Really nice post!
ReplyDeletebest natural hormone replacement
What are the best casinos to play in 2021?
ReplyDeleteWhich casinos offer slots? — Casino Sites. Best casino sites are melbet those that allow players to 메가 슬롯 try a game from anywhere. The most หาเงินออนไลน์ common online slots 포커 고수
I'm here to introduce a new direct web slot site in 2022เกมสล็อตพีจี เว็บตรงเปิดใหม่
ReplyDeletelt cool site.PG SLOT ขั้นต่ำ1บาท
ReplyDeleteเว็บเดิมพัน SLOT PG ที่ดีที่สุดในตอนนี้ เล่นง่าย สมัครฟรีไม่มีขั้นต่ำ เกมสล็อตพีจี
ReplyDeleteTrying can be tedious. But the rewards are always sweet. cm'แทงบอลโลก2022
ReplyDeleteIt's a great article, thanks for the information. เว็บแทงบอลสด, เว็บบอลสด
ReplyDeleteIt’s such a great article, thanks for sharing. It helps me a lot. พนันบาคาร่า20บาท
ReplyDeleteIt’s such a great article, thanks for sharing. It helps me a lot. สล็อตUFABET
ReplyDeleteIt’s such a great article, thanks for sharing. It helps me a lot.
ReplyDeleteประวัติดอกทานตะวัน
ประวัติดอกทานตะวัน
Checkinsexygirl แทงบอลออนไลน์ถูกกฎหมาย
ReplyDelete