Pentingnya Kalsium Dalam Badan Serta Cara Terbaik Mengatasi Kekurangan Kalsium

APA ITU KALSIUM
Kalsium (Ca2) ialah unsur logam perak-putih dalam kumpulan alkali bumi. 99% Kalsium dalam badan manusia adalah di dalam tulang dan gigi. Baki 1% adalah dalam darah dan cecair badan. [1]
KEPENTINGAN KALSIUM
- Kalsium sangat penting dalam mengekalkan kekuatan tulang dan gigi.
- Kalsium juga berperanan dalam fungsi sel saraf, pengawalaturan pengecutan otot, dan pembentukan darah beku.
- Kalsium juga penting supaya banyak protein penting dalam badan boleh melaksanakan fungsi metabolik dengan betul di seluruh badan.[2]
MENGAPA KALSIUM PERLUKAN VITAMIN D?
- Peratus kalsium yang diserap ke dalam darah biasanya berkurangan dengan pengambilan Kalsium yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, jumlah Kalsium diserap biasanya lebih besar dengan pengambilan Kalsium yang lebih tinggi.
- Peratus kalsium diserap ke dalam darah adalah paling tinggi di kalangan bayi, kemudian beransur-ansur menurun dengan usia.
- Peratus Kalsium diserap ke dalam darah juga meningkat dalam tempoh dua trimester terakhir kehamilan.
- Vitamin D diperlukan untuk meningkatkan penyerapan Kalsium dan Fosforus serta membantu mengawalatur penyimpanan Kalsium dan Fosforus di dalam tulang. Ini membantu mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang.
- Kekurangan Vitamin D mengurangkan penyerapan Kalsium dan penyimpanan mineral di dalam tulang, lantas menyebabkan tulang yang lembut dan tidak sempurna.
- Manifestasi ini dikenali sebagai rikets dalam kanak-kanak dan osteomalasia dalam orang dewasa.
- Vitamin D boleh dihasilkan di dalam badan melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit. Selain itu, Vitamin D juga boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, kuning telur dan produk tenusu yang diperkuat dengan Vitamin D.
- Dos Vitamin D yang diperlukan untuk penyerapan yang optimum adalah 400 – 800 IU.

APA KESAN KEKURANGAN KALSIUM DALAM BADAN?
Kalsium adalah mineral penting. Badan kita menggunakan Kalsium untuk menstabilkan tekanan darah dan membina tulang dan gigi yang kuat. Apabila badan kita tidak mendapat kalsium yang cukup akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit seperti osteoporosis, osteopenia, dan penyakit kekurangan kalsium (hypocalcemia).
Kita perlu mengambil jumlah Kalsium setiap hari seperti yang disyorkan melalui makanan yang kita makan, makanan tambahan atau vitamin.
APAKAH GEJALA-GEJALA PENYAKIT KEKURANGAN KALSIUM?
Kekurangan Kalsium pada peringkat awal tidak menyebabkan apa-apa gejala. Walau bagaimanapun, jika dibiarkan berlarutan, pelbagai gejala akan berkembang. Antara gejala yang teruk berkaitan penyakit kekurangan kalsium termasuk:

Kekurangan kalsium boleh menjejaskan semua bahagian badan, menyebabkan kuku yang lemah, pertumbuhan rambut lebih perlahan dan rapuh serta kulit yang nipis.
Kalsium juga memainkan peranan penting dalam kedua-dua pelepasan neurotransmitter (penghantar neuron) dan pengecutan otot. Jadi, kekurangan kalsium boleh membawa kepada penyakit sawan pada orang yang sihat.
Jika anda mula mengalami gejala-gejala seperti kehilangan ingatan, kebas, halusinasi atau sawan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.[3]
Apakah komplikasi kemungkinan penyakit kekurangan kalsium?
Antara komplikasi daripada penyakit kekurangan kalsium termasuk kerosakan mata, degupan jantung yang tidak normal, dan osteoporosis.
Komplikasi daripada osteoporosis termasuk kecacatan, patah tulang belakang atau tulang-tulang yang lain dan kesukaran berjalan. Jika tidak dirawat, penyakit kekurangan kalsium boleh membawa maut..[4]

TANDA-TANDA OSTEOPOROSIS
Kebiasaannya orang yang terkena Osteoporosis tidak sedar bahawa dia mempunyai osteoporosis sehingga keretakan pada tulang berlaku. Walau bagaimanapun, kita boleh berjaga-jaga jika terdapat tanda-tanda berikut:
- Kesakitan akibat patah tulang kerana kemalangan kecil. Osteoporosis biasanya berlaku pada pergelangan tangan, tulang belakang dan pinggul yang boleh menyebabkan kesakitan, kecacatan dan dalam kes keretakan pinggul yang teruk menyebabkan ketidakupayaan seseorang untuk berjalan.
- Kehilangan ketinggian secara beransur-ansur akibat patah tulang belakang. Jika seorang dewasa yang muda kehilangan 6 cm (2.5 inci) dia berkemungkinan mempunyai tulang belakang yang patah.
- Postur membongkok yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapati pakaiannya tidak selesa dipakai dengan betul akibat patah beberapa tulang belakang.
- Berterusan sakit belakang di bahagian bawah atau atas samada pada tulang atau otot
- Kuku yang rapuh[5]

BERAPA BANYAK KEPERLUAN KALSIUM HARIAN YANG OPTIMUM?
Saranan pengambilan Kalsium dan Nutrien lain telah disediakan di dalam Dietary Reference Intakes (DRIs) yang dibangunkan oleh Food and Nutrition Board (FNB) di Institute of Medicine of the National Academies (dahulunya dikenali sebagai National Academy of Sciences).
DRI adalah istilah umum untuk satu set rujukan yang digunakan untuk perancangan dan penilaian dalam pengambilan nutrient oleh orang-orang yang sihat. Ia berbeza mengikut umur dan jantina. [6]

* Adequate Intake (AI)
Mengikut Persatuan Osteoporosis Malaysia, Kalsium perlu diambil selepas makan dalam dos yang berasingan tidak melebihi 500mg setiap dos. Kalsium juga perlu diambil bersama Vitamin D 400 – 800 IU. [7]
Jadi, secara puratanya, manusia dewasa yang normal perlukan Kalsium sebanyak 1000 mg – 1200 mg sehari.
KAT MANA NAK DAPAT KALSIUM BANYAK MACAM NI?
Terdapat banyak sumber Kalsium yang kita boleh dapati dengan mudah, antaranya:
1- Sumber Makanan
Kadar kandungan Kalsium setiap makanan adalah berbeza. Untuk meningkatkan kadar kesihatan kita dengan pengambilan Kalsium, pilih cadangan makanan berikut:
- Produk rendah lemak atau tanpa lemak seperti susu, cheese dan yogurt
- Kacang soya dan taufu
- Sayur-sayur hijau seperti brokoli
- Ikan sardine dan salmon dengan tulang
- Makanan yang diperkaya dengan kalsium dan jus
Table 2: Selected Food Sources of Calcium[8]
| ||
Food
|
Milligrams (mg)
per serving |
Percent DV*
|
Yogurt, plain, low fat, 8 ounces
|
415
|
42
|
Mozzarella, part skim, 1.5 ounces
|
333
|
33
|
Sardines, canned in oil, with bones, 3 ounces
|
325
|
33
|
Yogurt, fruit, low fat, 8 ounces
|
313–384
|
31–38
|
Cheddar cheese, 1.5 ounces
|
307
|
31
|
Milk, nonfat, 8 ounces**
|
299
|
30
|
Soymilk, calcium-fortified, 8 ounces
|
299
|
30
|
Milk, reduced-fat (2% milk fat), 8 ounces
|
293
|
29
|
Milk, buttermilk, lowfat, 8 ounces
|
284
|
28
|
Milk, whole (3.25% milk fat), 8 ounces
|
276
|
28
|
Orange juice, calcium-fortified, 6 ounces
|
261
|
26
|
Tofu, firm, made with calcium sulfate, ½ cup***
|
253
|
25
|
Salmon, pink, canned, solids with bone, 3 ounces
|
181
|
18
|
Cottage cheese, 1% milk fat, 1 cup
|
138
|
14
|
Tofu, soft, made with calcium sulfate, ½ cup***
|
138
|
14
|
Ready-to-eat cereal, calcium-fortified, 1 cup
|
100–1,000
|
10–100
|
Frozen yogurt, vanilla, soft serve, ½ cup
|
103
|
10
|
Turnip greens, fresh, boiled, ½ cup
|
99
|
10
|
Kale, fresh, cooked, 1 cup
|
94
|
9
|
Ice cream, vanilla, ½ cup
|
84
|
8
|
Chinese cabbage, bok choi, raw, shredded, 1 cup
|
74
|
7
|
Bread, white, 1 slice
|
73
|
7
|
Pudding, chocolate, ready to eat, refrigerated, 4 ounces
|
55
|
6
|
Tortilla, corn, ready-to-bake/fry, one 6” diameter
|
46
|
5
|
Tortilla, flour, ready-to-bake/fry, one 6” diameter
|
32
|
3
|
Sour cream, reduced fat, cultured, 2 tablespoons
|
31
|
3
|
Bread, whole-wheat, 1 slice
|
30
|
3
|
Kale, raw, chopped, 1 cup
|
24
|
2
|
Broccoli, raw, ½ cup
|
21
|
2
|
Cheese, cream, regular, 1 tablespoon
|
14
|
1
|
* DV = Daily Value. DVs were developed by the U.S. Food and Drug Administration to help consumers compare the nutrient contents among products within the context of a total daily diet. The DV for calcium is 1,000 mg for adults and children aged 4 years and older. Foods providing 20% of more of the DV are considered to be high sources of a nutrient, but foods providing lower percentages of the DV also contribute to a healthful diet.
Namun, untuk membantu badan anda menggunakan Kalsium yang anda dapat secara optimum anda perlulah:
- Mengelakkan lebihan protein haiwan, sodium, alkohol dan kafein kerana ini perkara yang boleh menyebabkan anda kehilangan kalsium
- Makan makanan yang seimbang dengan pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium rendah lemak atau bebas lemak.[9]
2- Makanan Tambahan / Supplemen / Vitamin
Cara yang terbaik untuk cuba untuk mendapatkan kalsium adalah melalui makanan yang kita makan. Walau bagaimanapun, kalsium dalam makanan tambahan boleh juga digunakan oleh badan kita pada bila-bila masa dan boleh membantu kita untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi jika kita tidak mampu untuk mendapatkan cukup Kalsium daripada diet pemakanan harian kita. [10]
Alternatif lain adalah anda boleh mengamalkan makanan tambahan atau supplemen. Supplemen yang terbaik adalah yang mempunyai kandungan Kalsium yang mencukupi keperluan harian anda. Selain itu, supplemen tersebut juga mesti mengandungi Vitamin D yang cukup untuk membawa Kalsium ke seluruh badan. Kandungan Vitamin D yang optimum adalah antara 400 – 800 IU.
Antara Vitamin tambahan yang terbaik adalah seperti:
1) OsteMatrix™

Ramuan
|
Amaun Setiap Kaplet
|
Vitamin D3 (sebagai kolekalsiferol)
|
100 IU
|
Kalsium (sebagai kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malat)
|
250 mg
|
Magnesium (sebagai magnesium oksida, magnesium glokonat dan magnesium sitrat)
|
100 mg
|
Zink (sebagai zink glukonat)
|
10.4 mg
|
Kuprum (sebagai kuprum glukonat)
|
0.05 mg
|
Mangan (sebagai mangan glukonat)
|
0.05 mg
|
Boron (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
|
0.75 mg
|
2) Vita-Lea® Iron Formula

Ramuan
|
Amaun Setiap Tablet
|
Vitamin A (sebagai Beta Karotena)
|
1250 IU
|
Vitamin A (sebagai Vitamin A asetat)
|
1250 IU
|
Vitamin C (sebagai asid askorbik)
|
60 mg
|
Vitamin D3 (sebagai kolekalsiferol)
|
200 IU
|
Vitamin E (sebagai alfa-d tokoferil asid suksinat)
|
30 IU
|
Tiamina (sebagai tiamina mononitrat)
|
0.75 mg
|
Riboflavin
|
0.85 mg
|
Niasin (sebagai niasinamida)
|
10 mg
|
Vitamin B6 (sebagai piridoksin hidroklorida)
|
1 mg
|
Folat (sebagai asid folik)
|
200 mcg
|
Vitamin B12 (sebagai sinokobalamin)
|
3 mcg
|
Biotin (sebagai biotin-d)
|
150 mcg
|
Asid Pantotenik (sebagai kalsium-d pantotenat)
|
5 mg
|
Kalsium (sebagai dikalsium fosfat)
|
225 mg
|
Fosforus (sebagai dikalsium fosfat)
|
175 mg
|
Iodin (sebagai kalium iodida dan rumpai laut)
|
75 mg
|
Magnesium (sebagai magnesium oksida)
|
100mg
|
Zink (sebagai zink glukonat)
|
7.5 mg
|
Selenium (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
|
35 mcg
|
Kumprum (sebagai kuprum glukonat)
|
1 mg
|
Mangan (sebagai mangan glukonat)
|
1 mg
|
Kromium (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
|
60 mcg
|
Molibdenum (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
|
37.5 mcg
|
Nikel (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
|
7.5 mcg
|
Tin (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
|
5 mcg
|
Vanadium (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
|
10 mcg
|
Boron (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
|
0.5 mcg
|
Zat Besi (sebagai ferus fumarat)
|
9 mcg
|
3) ESP - Soy Protein Isolate Powder

Setiap Hidangan
Campuran Kosong |
Setiap 100 g
| |
Tenaga
|
105 Kcal
|
369.7 Kcal
|
Carbohydrate
|
10 g
|
35.2 g
|
Gula
|
9 g
|
31.7 g
|
Protein
|
14 g
|
49.3 g
|
Lemak
|
1 g
|
3.5 g
|
Lemak Tepu
|
0.2 g
|
0.7 g
|
Lemak Trans
|
0.0 g
|
0.0 g
|
Lemak Monotaktepu
|
0.1 g
|
0.4 g
|
Lemak Monotaktepu
|
0.5 g
|
1.8 g
|
Kolesterol
|
0 mg
|
0.0 mg
|
Fosforus
|
250 mg
|
880.3 mg
|
Kalsium
|
500 mg
|
1760.6 mg
|
Sodium
|
170 mg
|
598.6 mg
|
Niasin
|
10 mg
|
35.2 mg
|
Asid Pantotenik
|
2 mg
|
7.0 mg
|
Tiamin
|
2 mg
|
7.0 mg
|
Riboflavin
|
2 mg
|
7.0 mg
|
Zat Besi
|
3 mg
|
10.6 mg
|
Vitamin B6
|
0.5 mg
|
1.8 mg
|
Kesimpulan
Walau apa pun jenis penyakit, kita mesti yakin bahawa Tuhan telah sediakan penawarnya. Penawar yang terbaik adalah “mencegah” daripada penyakit berlaku. Salah satu cara untuk mencegah sesuatu penyakit daripada berlaku adalah melalui diet pemakanan harian kita. Selain itu, pengambilan supplemen atau Vitamin tambahan juga amat membantu dalam proses mencegah penyakit. Yang paling penting sekali adalah amalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam secara konsisten sekurang-kurangnya 15 minit sehari.
Inginkan Supplemen Untuk MengOPTIMUMkan Kalsium Dalam Badan Anda ?
SILA HUBUNGI SAYA


Nak saya bantu anda ?
SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak > Selayang > Rawang > Kepong > Ampang > KL
.................................
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia
ATAU
Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.
.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.
[1] Refer: http://www.encyclopedia.com/science-and-technology/chemistry/compounds-and-elements/calcium
[2] Refer: http://www.encyclopedia.com/science-and-technology/chemistry/compounds-and-elements/calcium
[3] Refer: http://www.healthline.com/health/calcium-deficiency-disease#Symptoms3
[4] Refer: http://www.healthline.com/health/calcium-deficiency-disease#Treatment6
[5] Refer: http://www.osteoporosis.my/aboutOsteo/thesymptoms.asp
[6] Refer: https://ods.od.nih.gov/factsheets/Calcium-HealthProfessional/#en1
[7] Refer: http://www.osteoporosis.my/aboutOsteo/faq.asp
[8] Refer: https://ods.od.nih.gov/factsheets/Calcium-HealthProfessional/#en2
[9] Refer: http://www.osteoporosis.my/aboutOsteo/faq.asp
[10] Refer: http://www.osteoporosis.my/aboutOsteo/faq.asp
0 comments: