Cara Guna eSell untuk Pembelian Secara Online




Kali ni saya nak tunjukkan step by step pembelian produk shaklee secara online menggunakan eSell.

eSell merupakan online ordering system Shaklee yang membolehkan anda membuat pembelian online atau atas talian, tanpa melalui pengedar shaklee anda. Selalunya melalui blog, macam blog saya ni. Anda boleh order barang menggunakan Kad kredit atau kad debit anda. Tak perlu menghubungi SID jika anda sudah mengetahui apa yang anda perlukan.Ianya lebih mudah pantas dan selamat. 

Anda boleh follow step by step berikut untuk pembelian online.

STEP 1:
Setelah anda sudah tahu produk yang ingin dibeli, klik gambar order online yang diberi untuk order Produk Shaklee.

STEP 2:
Setelah klik anda akan dibawa ke link online ordering agreement yang mana anda perlu klik kat Agree dan klik Next untuk ke page seterusnya. Sila baca dan faham term & aggrement ini. Jika setuju klik Agree.

STEP 3:
Kemudian anda akan terus nampak gambar produk-produk shaklee macam gambar di bawah ni (contoh). So anda boleh tick kat produk yang anda nak beli, harga dah terus dinyatakan kat situ. Setelah selesai klik produk-produk yang anda nak, boleh terus tekan CHECKOUT kat bawah tu.

STEP 4:
Isikan maklumat yang diperlukan untuk penghantaran terus produk Shaklee kepada anda, perlu diketahui penghantaran adalah 3 hari bekerja dan penghantaran adalah melalui GDEX atau CITILINK (dekat online ordering agreement kat Step 2 tadi ada tulis pasal penghantaran dalam masa berapa hari bekerja). Selesai isi terus tekan CONTINUE.

STEP 5:
Setelah semua maklumat siap diisi, anda perlu mengesahkan alamat, no telefon dan kuantiti barang yang diorder adalah betul seperti yang anda nak. Seterusnya klik Proceed for Payment.

STEP 6:
Anda boleh gunakan kad kredit atau pun debit card anda, isikan maklumat kad anda. 
Card Number: nombor yang paling panjang di depan kad anda.
Security Code: 3 nombor di belakang kad anda.
Bila selesai, klik Confirm Payment.

STEP 7:
Setelah selesai anda akan diberitahu yang order anda sudah berjaya. Akan keluar invois order anda tadi dan Shaklee akan emailkan invois ni ke email anda. Seeloknya print invois ni untuk rujukan.


Dah Selesai!! Selepas tu tunggu jelah barang sampai ye.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp saya.Insyaallah saya sedia membantu.

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Nak saya bantu anda ?

SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA


Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

Cara Mengatasi Penyakit Gout serta Pencegahan yang Selamat dan Berkesan



Apakah itu Gout?
Sebagaimana yang semua tahu buah pinggang berperanan untuk menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.

Namun bagi pesakit gout , asid urik tidak mampu disingkirkan sepenuhnya, maka lama-kelamaan paras asid urik di dalam darah akan meningkat .

Seterusnya asid urik ini akan mendap di bahagian sendi especially di bahagian sendi besar.
Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari namun ia juga boleh berkumpul di bahagian sendi yang lain seperti di bahagian belakang, lutut, buku lali,  kaki,  pergelangan tangan, siku dan jari.
Asid urik boleh mengakibatkan keradangan pada sendi dan masa  inilah serangan gout berlaku.
Pesakit mula berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi yang terlibat.   
                     
Kebiasaannya serangan pertama kali berlaku kepada individu yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun
Walau bagaimanapun semua peringkat umur termaksud remaja juga boleh diserang oleh penyakit ini.

Apakah Penyebab terkena Gout ?
~kerosakkan buah pinggang.
~tekanan
~masalah kegemukan
~Penghasilan terlalu banyak asid urik
~terlalu sedikit penyingkiran asid urik kesan sampingan ubat 'diuretik'        
              
Apakah Faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit Gout?
Serangan gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor:-
1. Kecederaan kecil pada sendi.
2. Pengambilan air kosong yang kurang.
3. Pengambilan sesetengah jenis ubatan menyebabkan badan mengalami kekurangan air.
4. Mengamalkan diet yang melampau.
5. Pengambilan berlebihan minuman beralkohol.
6. Banyak mengambil makanan yang kaya dengan 'purin'.

Apakah kronologi perkembangan Gout?
Jom lihat  kronologi perkembangan gout yang sangat menyedihkan..

Peringkat 1: Darah Yang Pekat, Gelap, dan Mengalir Dengan Perlahan
Peringkat 2: Kualiti Tidur Yang Tidak Bagus. Kerap Rasa Letih dan Lesu.
Peringkat 3: Mati Pucuk atau  Lemah Tenaga Batin. Persembahan Tidak Tahan Lama
Peringkat 4: Serangan Gout pada Buku Lali atau  Ibu Jari Kaki
Peringkat 5: Serangan Gout Mula Merebak ke Tangan dan Lutut
Peringkat 6: Jari-jari Mula Mengeras dan Bengkok
Peringkat 7: Tofi Mula Menonjol Di Permukaan Kulit atau Bintik-bintik Kutikel Halus Muncul Di Sekeliling Cuping Telinga
Peringkat 8: Masalah  Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, Buah Pinggang  dan lain-lain Penyakit Sekunder.
Peringkat 9: Peringkat Terakhir?

MASIH NAK DIBIARKAN???
JOM CEGAH SEBELUM PARAH.    
                  
Bagaimanakah Cara Mengatasi Gout?
Antara langkah bijak yang perlu diambil oleh pesakit ialah:-

1) Kawal berat badan. -kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
2) Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber haiwan
3) Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
4) Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.
5)Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
6) Hadkan pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami pertambahan berat badan.
7) individu bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol hadkan pengambilan kepada 1 gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari kerana alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.

Apakah Makanan yang Perlu Dielakkan oleh Pesakit Gout?
~Ikan kembung, sardin, bilis
~Organ dalaman seperti paru-paru, hati, ginjal dan otak
~Makanan bercengkerang seperti kerang,  ketam dan  udang
~Daging cincang
~Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging

Apakah Makanan yang Perlu Dikurangkan Oleh Pesakit Gout?
~ lentil, Peanuts, beans dan peas  
~ Bunga kobis, Asparagus, cendawan dan bayam
                                            
Apakah Supplemen yang Diperlukan oleh Pesakit Gout?
Supplemen yang dicadangkan untuk membantu pesakit Gout
1) VIVIX
2) OMEGA GUARD
3) ALFALFA
4) PERFORMANCE DRINK

VIVIX
Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalam genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel

OMEGA GUARD
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui didalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

ALFALFA
Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox

PERFORMANCE DRINK
Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehydration.                                                       

Testimoni Pengguna Shaklee untuk Sakit Gout                                
Dibawah adalah antara testimoni pesakit gout 














GABUNGAN NUTRISI  UNTUK PESAKIT GOUT

"Tak cuba tak tahu, kena cuba dulu baru tahu"

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk Shaklee boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Semua produk Shaklee adalah selamat,semulajadi serta terbukti berkesan, juga mempunyai ujian klinikal. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.


Nak saya bantu anda ?

SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA


Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

Nutrisi yang Diperlukan Ibu Mengandung Terdapat Dalam Set Ibu Mengandung Shaklee



Ibu yang sedang hamil sangat memerlukan nutrisi yang secukupnya dan seimbang bagi  keperluan dirinya serta bagi memastikan bayi di dalam kandungan dapat berkembang dengan baik serta sihat.

Kenapa saya kata begitu?
Ini kerana di dalam melalui saat kehamilan keperluan nutrisi ibu semakin bertambah berbanding biasa disebabkan bayi di dalam kandungan juga memerlukan nutrisi untuk tujuan pembesaran. Selain itu  akan ada banyak perkara yang berada di luar jangkaan kita. Antara kemungkinannya adalah kelahiran bayi pramatang, GDM (Gestational  Diabetes Melitus) iaitu kencing manis ketika hamil sahaja, anemia serta komplikasi-komplikasi lain yang boleh membahayakan nyawa ibu mahupun anak di dalam kandungan.


Penjagaan makanan yang berzat dan seimbang adalah  sangat penting di saat sedang hamil kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah ‘ditarik’ oleh bayi yang dikandung bagi pembesaran dan pertumbuhan di dalam rahim. Sememangnya ketika mengandung inilah ibu akan mengalami keletihan, lesu, lenguh sendi, penat, selalu mengantuk dan sebagainya. Ibu yang sedang hamil juga tidak dapat bergerak cergas seperti selalu lantaran membawa muatan tambahan ke hulur hilir. Oleh itu, pemakanan yang sempurna  bagi ibu hamil sangat mempengaruhi pertumbuhan bayi di dalam kandungan.

Pemakanan yang seimbang dan sempurna mengandungi karbohidrat, vitamin, protein, lemak, serat dan air pada kadar yang mencukupi. Nutrisi yang baik dan seimbang dapat diperolehi daripada pemakanan seharian kita. Pengambilan supplemen atau makanan tambahan adalah digalakkan bagi menampung kekurangan nutrisi yang diperolehi melalui pemakanan harian kita.

Apakah nutrisi dan vitamin yang diperlukan oleh ibu hamil?

Antara nutrisi atau vitamin penting yang diperlukan oleh ibu mengandung adalah:

1. Asid folik atau folat – komponen vitamin B yang penting untuk perkembangan otak dan sel saraf bayi dalam kandungan, mengelakkan kecacatan saraf neural, otak dan saraf tunjang dan mengurangkan risiko kelahiran pramatang (bayi tidak cukup bulan). Sumber asid folik boleh diperolehi daripada sayuran hijau, bijirin, kekacang dan buah-buahan sitrus seperti buah limau/oren.

2. Kalsium – penting untuk menguatkan tulang dan gigi, dan membantu melancarkan sistem peredaran darah, sistem saraf dan otot. Sumber kalsium boleh diperolehi daripada susu, yogurt dan keju.

3. Vitamin D – membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk menguatkan tulang dan gigi. Penting untuk perkembangan tulang dan gigi bayi dalam kandungan. Juga diperlukan untuk kulit dan mata yang sihat. Boleh didapati melalui susu, telur dan minyak ikan.

4. Zat besi (ferum/iron) – komponen penting untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah, mengelakkan anemia (kekurangan sel darah merah), mengurangkan risiko bayi kurang berat badan dan kelahiran pramatang. Sumber boleh didapati melalui daging merah, ikan, kekacang, gandum dan oat.

5. Vitamin C – antioksidan yang memelihara tisu badan, membantu penyerapan zat besi dan meningkatkan sistem imunisasi. Boleh didapati melalui pengambilan makanan seperti buah-buahan sitrus (limau), strawberi, betik, tomato dan ubi kentang.


Jadual Kadar Keperluan Nutrisi Ibu Mengandung.



Kita boleh mendapat keperluan nutrisi di atas melalui makanan harian kita. Namun setelah hamil kuantiti nutrisi yang diperlukan kita perlu digandakan bagi menampung keperluan nutrisi  untuk tujuan perkembangan fetus di dalam kandungan. Sebagai contoh, keperluan zat besi (iron ) adalah lebih banyak untuk ibu hamil supaya dapat meghasilkan lebih banyak hemoglobin dalam sel darah yang berfungsi sebagai mengangkut oksigen di dalam darah. Tujuannya adalah memastikan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan mencukupi untuk perkembangannya.

Namun disebabkan pelbagai masalah yang dialami oleh ibu hamil di awal kehamilan seperti loya dan muntah yang kerap membantutkan selera makan ibu serta nutrisi yang sepatutnya diserap oleh badan terbuang begitu sahaja. Oleh itu, di sinilah pentingnya pengambilan supplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi yang penting pada ibu hamil.

Bagi menampung kekurangan nutrisi, saya mengesyorkan anda mengambil produk nutrisi shaklee kerana produk ini terbukti berkesan, selamat, semulajadi malah mempunyai ujian klinikal. Ianya  juga mendapat kelulusan KKM dan diiktiraf halal.

Vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah:


1)Vitalea Iron Formula- 2 biji sehari
Vitalea merupakan multivitamin , maka ibu hamil tidak perlu lagi mengambil obimin. Di dalamnya mengandungi 28 jenis multivitamin dan kaya dengan zat besi (iron). Oleh itu, sekiranya ibu hamil mengalami masalah pitam atau mudah pening mahupun anemia, sangatlah disarankan mengambil multivitamin ini kerana ia  bukan sahaja kaya dengan zat besi tetapi juga mudah diserap ke dalam badan secara optimum menyebabkan tubuh mendapat manfaat sepenuhnya daripada segala multivitamin yang terkandung di dalam produk ini. Ia dapat membantu dalam mengatasi anemia yang sememangnya berbahaya terutama ketika bersalin nanti.


2) Ostematrix (Calcium magnesium)-4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Ostematrix ini bukan saahaja mengandungi kalsium malah magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1.
Setiap biji mengandungi 250mg kalsium
Magnesium penting dalam membantu  menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.

Vitamin D pula berperanan penting dalam merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting dalam pembentukan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Kelebihan mengambil ostematrix adalah ia tidak mengandungi lemak berbanding , jika ibu hamil hanya bergantung kepada produk tenusu.

Kalsium sangat penting agar darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, menghindari kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung. Kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutanjantung dan tekanan darah tinggi. Seandainya ibu mengandung kekurangan kalsium ia boleh menjejaskan pertumbuhan bayi dan menyebabkan penyusutan gigi tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu tersebut. Ini disebabkan kalsium yang tidak mencukupi untuk bayi, maka badan ibu dengan sendirinya akan menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi . Ianya boleh mengakibatkan ibu terdedah kepada risiko osteoporosis di hari tua.


3) Vitamin C-1 biji sehari
Vitamin C berfungsi dalam melindungi sel penting dalam pembinaan kologen untuk membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga berperanan dalam membantu penghadaman zat disamping meningkat taraf sistem pertahanan badan. 1 biji vitamin C bersamaan dengan & biji oren. Selain itu ianya juga membantu dalam mempertingkatkan kadar serapan zat besi  yang sengat penting dalam pembentukan hemoglobin.


4) Energizing Soy Protein - 3 sudu sehari
Satu lagi nutrien yang sangat penting untuk ibu hamil ialah PROTEIN. Ia penting untuk membekalkan asid amino untuk membina sel-sel, tisu dan organ di dalam badan terutamanya untuk pertumbuhan fetus dalam kandungan. Sumber protein boleh didapati daripada susu, ikan, daging, telur dan kekacang.

Amatlah digalakkan ibu-ibu mengambil nutrien tambahan yang mengandungi protein yang tinggi semasa hamil.Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP mengandungi 22 jenis asid amino perlu termasuk 9 asid amino penting, mengandungi kalsium, vitamin B, tiamin (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), zat besi (iron) dan natrium. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

5) Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega ini penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan


6) Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

GABUNGAN NUTRISI OPTIMUM SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL 

"Tak cuba tak tahu, kena cuba dulu baru tahu"


Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk Shaklee boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Semua produk Shaklee adalah selamat,semulajadi serta terbukti berkesan, juga mempunyai ujian klinikal. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.


Nak saya bantu anda ?

SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA


Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.