Menu Sahur Untuk Kekal Cergas

10:39 pm Farahana 0 Comments







Salam Ramadhan.  Bila tiba bulan puasa kita akan lihat macam –macam senario. Ada yang berpuasa bila masuk tengahari masih lagi bertenaga , cergas dan proaktif sampai lah ke lewat petang tapi tak kurang juga ada yang dah kepenatan tiada tenaga macam dah lama sangat tak makan.



Sebenarnya agar kita sentiasa kekal cergas bertenaga sepanjang siang hari ketika berpuasa adalah bergantung kepada pemakanan kita waktu bersahur. Menu Bersahur yang baik semestinya yang sihat dan berkhasiat dan kita digalakkan untuk lewatkan sahur.

Di sini saya nak kongsikan beberapa tips ketika bersahur agar kekal cergas sepanjang hari.



Tips Bersahur

- Sebaiknya lewatkan bersahur. Jangan sesekali tinggalkan sahur.  Sangat penting supaya perut tidak dibiarkan kosong sebelum berakhirnya waktu sahur.

- Pastikan kita mengambil makanan yang tinggi serat ketika bersahur agar dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Contoh sumber terbaik serat adalah sayuran jenis kekacang, beras perang, buah pear, oatmeal,sayuran hijau, kekacang dan whole grain.

-Pastikan menu sahur anda mengandungi lemak baik  kerana dapat membantu kita tahan kenyang lebih lama. Sumber lemak baik seperti buah zaitun,minyak zaitun, avocado, kekacang dan mentega kacang. Hindari makanan bergoreng seboleh mungkin.

- Pastikan kita mengambil makanan berprotein kerana ia memberikan tenaga serta membuatkan kita lambat lapar. Sumber protein adalah seperti telur,kacang soya, yogurt, ikan dan daging. Namun usah berlebihan terutama ketika mengambil sumber protein berlemak seperti daging.

- Pastikan anda masukkan buah-buahan dan sayuran sekali ke dalam menu sahur anda. Terutama yang tinggi kandungan air seperti tomato, timun,kobis, oren dan tembikai supaya badan kita kekal hidrat.

-Hindari jus yang tinggi kandungan gula sebab boleh menyebabkan peningkatan insulin secara mendadak sehingga menyebabkan hipoglasemia. Ini menyebabkan kita menjadi sangat letih.

- Pastikan hidangan tidak terlalu berat dan segala nutrisi ketika sahur adalah seimbang dengan protein, seerat, lemak baik dan air. Hindari dari berlebihan.

-Kurangkan makanan yang pedas dann berlemak ketika sahur

-Banyakkan meminum air kosong. Pastikan anda minum 2 gelas air kosong semasa sahur.



Cadangan Menu Bersahur

1-3 biji kurma. Sebaiknya dalam bilangan ganjil.
1 cawan nasi putih
Air kosong  atau jus buah tanpa gula
Sayur-sayuran
Lauk pauk kurang berlemak, dipanggang atau dikukus.



Ok, ini sahaja tips bersahur pada kali ini. Semoga  tips ini dapat membantu kita kekal cergas sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan kali ini. Semoga bermanfaat untuk kita.

Supplement untuk kekal cergas sepanjang Ramadhan Shaklee




Anda boleh dapatkan resepi paling ringkas ketika bersahur di sini.  Menu sahur paling sihat sepanjang Ramadhan. Boleh siap lebih kurang 5 minit sahaja dan sangat sesuai bagi mereka yang dalam proses berdiet dan ingin menurunkan berat badan sebelum raya ini.

Nak saya bantu anda ?

SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.




.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.




You Might Also Like

0 comments: