Resipi Smoothie Dates Untuk Sahur

2:26 am Farahana 0 Comments


Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia serta penuh keberkatan. Semoga kita berkesempatan menempuh ramadhan kali ini dengan lebih baik dari sebelumnya sehingga ke penghujungnya. Semoga segala amalan kita diterima serta dipertemukan dengan malam lailatulqadar, malam yang lebih baik dari seribu malam.



Sempena ramadhan kali ini saya ingin kongsikan satu resepi sahur yang paling saya gemari iaitu smootie kurma,ianya hasil campuran kurma, susu segar dan esp shaklee. 

Resepi ini sangat sesuai  untuk ibu-ibu yang masih menyusu badan seperti saya.Kenapa saya kata begitu?  Sebab Ianya sangat berkhasiat, memberikan tenaga serta dapat menambahkan penghasilan susu ibu, walaupun sedang berpuasa. 

Alhamdulillah saya telah pun merasai kebaikannya dan hasilnya amat memberangsangkan. Tidak perlu risau lagi kalau-kalau anak kecil minum tidak puas atau tidak cukup susu. Lebih-lebih lagi bagi baby yang memang bergantung sepenuhnya dengan susu ibu.  Kita pun sebagai ibu akan lebih tenang menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. 

Sekiranya tidak sempat bersahur dengan makanan berat seperti nasi, smoothie ini sudah cukup mengenyangkan.

Oklah sekarang mari kita tengok bahan-bahan serta langkah-langkah membuat smoothie yang sedap lagi berkhasiat ni.

Bahan-Bahan:

1 cawan susu segar atau susu rendah lemak
3 sudu besar ESP
4 biji kurma yang dibuang bijinya  (boleh tambah badam jika suka)

Cara membuat smoothie kurma:

1. Sangat mudah. Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam blender dan kisar hingga sebati.

2. Sekiranya tambah badam pastikan betul-betul hancur. Boleh masukkan ke dalam gelas.

3. Tadaa.. dah pun siap. Kalau nak sejuk, boleh masukkan beberapa ketul ais dan boleh terus minum.



Resepi ini cukup untuk seorang sahaja , kalau suami atau sesiapa lagi nak minum bolehlah  tambahkan kuantiti bahan tadi.

Ha.. sekarang anda dah tahukan cara nak membuatnya jadi bolehlah anda mencubanya sahur malam ni.

Rugi kalau tidak mencuba, banyak khasiatnya. Lagi-lagi  bagi yang nak turunkan berat badan sebelum raya, memang elok sangatlah kalau amalkan resepi ini semasa sahur sepanjang ramadhan ni.

Resepi yang sangat simple dan boleh disediakan pada malam hari sebelum sahur. Boleh simpan dalam peti sejuk, nanti waktu sahur boleh terus minum. InsyaAllah kalau terlewat bangun 10 minit sebelum subuh pun still sempat sahur yang mengenyangkan dapat pahala serta keberkatan bersahur lagi.

Selamat Mencuba ya. Masih ada banyak resepi yang sedap, sihat serta berkhasiat untuk bersahur yang ingin saya kongsikan dengan anda. Next time saya akan kongsikan resepi smootie  yang lain pula, InsyaAllah. Semoga bermanfaat buat anda.



Nak saya bantu anda ?

SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

You Might Also Like

0 comments: