Bestnya Trip International Shaklee. Trip Mewah Dan Eksklusif Shaklee Ke Jepun
Pada kali ini saya nak share berkenaan trip
mewah shaklee ke Jepun yang tersangat-sangatlah best. Jealous tengok mereka yang
layak serta berpeluang pergi trip ke jepun baru-baru ni. Siap pasang impian
lagi suatu hari nanti nak bawa satu
keluarga join trip international Shaklee ni. Barulah best dan bermakna kalau dapat kongsi bersama dengan
orang yang kita sayang.

Okaylah, jom kita teruskan, apa yang best sangat
dengan trip shaklee ni. Ada 7 perkara yang best tentang trip shaklee yang bukan
sekadar trip biasa-biasa tapi tetapi tersangat luar biasa. Meh nak cerita
betapa eksklusifnya trip shaklee ni dan layanan shaklee terhadap peserta trip.

1.Keistimewaan trip shaklee yang pertama adalah
kita akan betul-betul travel serta menikmati
percutian.
Tidak seperti incentive trip MLM lain yang masa banyak habis
dalam perjalanan,xsempat pun menikmati percutian ,sedar-sedar dah nak gerak
balik dah. Datang jauh-jauh tapi
menginap satu malam sahaja, penat duduk dalam kapal terbang pun belum hilang
lagi dah kena balik tempuh perjalanan yang agak lama.Huhu.. betul-betul sekadar
nak cop pasport sahaja agaknya.
Dah macam transit je gayanya,tak macam pergi
trip pun. Mungkin sekadar boleh bercerita dengan prospek “Syarikat XYZ dah
belanja aku sampai ke London. ”
Berbanding dengan international trip shaklee,
trip dia sekurang-kurangnya seminggu tau. Kalau tempat yang jauh macam Amerika
atau Eropah, hampir 10 hari peserta di sana. Wow lamanya trip sampai 7-10 hari.Sempatlah
kan hilang penat dan lenguh-lenguh badan sebelum bertolak balik. Agak-agaknya
apa ya aktiviti yang mereka buat sepanjang trip 7-10 hari di sana? Nak tahu,
kenalah baca sampai habis.

2. Shaklee ni memang jujur nak bagi reward kepada
mereka yang layak, bukan sekadar acuh tak acuh atau kedekut.
Kenapa saya cakap
macam tu, sebabnya incentive trip shaklee ni kalau tak mewah taraf 5 bintang
memang tak sah. Segalanya dari penginapan sampai lah ke makanan, semuanya nak
bagi yang terbaik untuk peserta trip.
Macam trip ke jepun baru-baru ni, peserta
menginap 3 malam di Imperial Hotel Tokyo iaitu antara hotel yang tertua dan
termewah di Jepun. Kalau nak tahu Imperial hotel ni tempat maharaja Jepun bawa tetamu untuk
bermalam. Ianya juga tempat artis dan delegasi diplomatik kehormat menginap.
Gempakkan?
Yang lagi best, hotel ini terletak di Ginza
(ala-ala macam bukit bintang-KLCC malaysia). Mudah sangat nak jalan-jalan
shopping bila ada masa terluang. Agak-agak berapa ye kos menginap kat hotel
macam ni? Terkejut tak kalau saya bagitau
harga dia rm2000 semalam dan bukan setakat itu, ianya perlu di booking awal 6 bulan. Masuk bab
makanan pula, shaklee sediakan makanan sepanjang perjalanan sampai tak sempat
nak lapar pun sepanjang trip.
Makanan yang disediakan pula bukan calang-calang
tau. Macam trip ke jepun baru-baru ni, peserta dihidangkan dengan fine-dining
Japan. Ianya adalah hidangan yang paling top di restoran tradisional Jepun.
Harganya sangat mahal 15,000 yen hingga
40,000 yen iaitu kira-kira rm575 hingga
rm 1535 setiap seorang. Mewah bukan? Sekali makan rm1000, boleh imagine tak?
Bukan hanya sekali diberi makan yang mewah ni,
tetapi berkali-kali. Sewaktu di Tokyo pula. Shaklee belanja makan multi-course
crab menu. Macam-macam jenis hidangan ketam yang ada antaranya ketam sushi,
ketam rebus, ketam masak, ketam goreng dan banyak lagi. Harganya 7,000 yen
hingga 10,000 yen seorang kalau selepas pukul 4pm. Ada desert yang mereka makan
di Jepun ditabur emas tulin tau.
Kalau dalam trip tu shaklee tak sempat nak belanja makan macam ketika
aktiviti shopping di Premium Outlet ataupun tengah seronok dalam disneyland,
shaklee akan bagi duit poket untuk belanja makan. Kat situ kita boleh nampak
yang shaklee betul-betul nak reward pengedar mereka. Kalau nak tahu,duit
belanja yang shaklee bagi biasanya banyak sangat sampai boleh buat shopping
siap boleh bawa balik duit lebihan tu ke Malaysia, tak pasal-pasal dapat free
cash.

3. Trip Shaklee padat dengan aktiviti yang best
dan istimewa, bukan dah sampai sana aktiviti masing-masing, free and easy kata
orang.
Trip shaklee memang sangat padat pengisiannya. Hari-hari ada aktiviti
yang akan dibuat.
Macam ke Jepun baru-baru ini, sebaik sahaja menjejakkan kaki
di sana, terus dibawa ke Toki Premium Outlet
tempat shopping. Jadi macam terapi la shopping ni, sakit –sakit badan
dan jetlag segala hilang bila sedang
shopping. Kemudian dibawa bermalam di Gero iaitu tempat onsen paling best di Jepun.
Hari ke-2, di bawa ke
Takayama Morning Market and Old Town Sannomachi. Lepas tu ke Shirakawa-Go yang
mengambil masa sejam perjalan . Tempat
ini mendapat pengiktirafan UNESCO World Herritage Site.
Hari ke-3, dibawa ke
Tateyama Kurobe Alphine Route, satu-satunya snow Wall di dunia yang mengambil
masa 4 jam perjalanan dari hotel Gero.
Hari ke-4 dibawa makan strawberi
sepuasnya di ladang berdekatan Yamanashi, Ishihara Nojo. Lepas makan tengahari
di restoren Ninja, dibawa ke Pink Moss atau Fuji Motosu pula. Lepas Check in di
Imperial Hotel Tokyo, ada special dinner pula bersama Dr Yasuhiko Kojima,
merupaan seorang immunologist pertama yang discover tentang interferon sebelum
saintis barat sambung buat kajian.
Hari ke-5, ke Tokyo Metropolitan Government
Building Observatories untuk menikmati pemandangan bandar Tokyo. Selepas itu
dibawa melawat pejabat Shaklee Jepun. Lepas makan tengahari, dibawa ke Sumida River
Cruise sampai Odaiba Waterfront.
Hari ke-6, ada aktiviti shaklee walk atau
jogging ringan-ringan di Hidiya Park (depan Imperial Hotel Tokyo).
Lepas tu ke
Disneyland seharian.
Hari ke-8 check out hotel dan pulang. Fuh penuh betulkan
aktiviti trip shaklee, kita yang baca pun rasa padat apatah lagi peserta yang
join, memang sure seronok dan berpuas hati.

4. Mendidik kita sebagai pengembara bukan
pelancong.
Mesti pernah dengarkan kata-kata ni, “Be a
traveller, not tourist.” Inilah yang sering ditekankan oleh mentor kami di
iReach. Mereka nak anak didik mereka ni cuba at least backpack sekali. Cuba
rancang perjalanan dan susun aktiviti sendiri. Ia akan buat kita keluar dari
comfort zone sehari-hari.
Tiba-tiba dalam ucapan pembukaan majlis makan malam
pertama di Jepun, Presiden Shaklee Malaysia, Helen Lam pun cakap perkara yang
sama. Inilah sebab kenapa Shaklee sanggup berbelanja banyak untuk Kaiseki
dinner supaya setiap pengedarnya berpeluang nikmati sendiri makanan tradisional
masyarakat tempatan. Ibarat mat Saleh kalau datang ke Malaysia, rugi kalau tak
cuba nasi lemak kita. Bezanya kaiseki dinner ni sangat ekslusif dan mahal harganya.
Peserta juga diberi sepasang pakaian tradisional
jepun yang dipanggail yukata. Lengkap sepersalinan dengan terompah dan bunga di
belakangnya. Kos semua ni kira-kira 15,000 yen.
Selalunya orang Malaysia yang pergi sana pakai yukata untu sesi
bergambar sendiri-sendiri atau family sahaja. Tapi peserta siap jalan-jalan di
Old Town Takayama dan ke Shirakawa-Go dengan yukata. Travel ejen pun cakap “ini
pertama kali mereka bawa bas yang penuh dengan yukata.”
Tak pasal-pasal jadi artis sepanjang Sannomachi
& Shirakawa-Go. Mana tidaknya mereka satu-satunya group yang berpakaian
yukata. Orang Jepun senyum-senyum dan
antara mereka sebut , “kawaii”(comelnyaa). Pelancong asing pula siap ada yang
request ambil gambar bersama.

5. Trip international Shaklee membenarkan kita
bawa anak-anak, mak ayah & mertua
tau.
Biasanya MLM lain, paling-paling cuma boleh bawa pasangan sahaja.
Travel dengan orang tersayang membuatkan ianya lebih bermakna dan semestinya
ditanggung 100% oleh Shaklee. Macam pengasas iReach, sepanjang 5 tahun bersama trip Shaklee, memang mereka bawa anak-anak, makayah& mertua. Tiket yang mereka
dapat banyak sangat sampai terpaksa bawa anak-anak, makayah atau mertua
sebenarnya.kalau tak bawa, rugila kan.
Ini menunjukkan bisnes Shaklee bukan sekadar transaksi jual-beli,tetapi
tentang membina legasi. Legasi yang sangat Mesra Keluarga.

6. Keperluan kita sebagai seorang muslim
dihormati.
Shaklee sangat menjaga sensitiviti pengedar muslim. Lagipun ,
60% pasaran di Malaysia adalah Melayu
atau beragama Islam. Tak perlu risau nak cari makanan halal sebab Shaklee dah
survey, check dan tempah siap-siap makanan halal. Begitu juga dengan tempat
solat. Dengan trip shaklee tak perlu runsing fikir cari ruang solat. Macam
pertama kali sampai di Toki Outlet jepun baru-baru ni, peserta terus dibawa ke
ruang solat khas di sana.
Semasa di Snow Wall pula, peserta dibawa terus ke
ruang solat yang hotel di sana sediakan. Semasa makan tengahari di Kanitura
Restoran, peserta dijamu di satu bilik khas. Di situ ada pentas kecil yang agak
lapang. Sambil makan ketam, mereka gunakan ruang pentas itu untuk gilir-gilir
solat.
Jadual waktu solat pun di sediakan. Waktu solat di luar negara tak sama
macam kita di Malaysia. Macam kat Jepun hari tu, Subuh jam 3 pagi dan maghrib
jam 6.45ptg. InsyaAllah solat kita terjaga sepanjang travel Shaklee. Sebab tu
pengedar Shaklee begitu setia dan sayangkan Shaklee.

7. Semua pengedar memiliki peluang yang sama
untuk sertai trip Shaklee.
Ini kerana hanya yang betul-betul layak sahaja yang
boleh mengikuti trip Shaklee. Yang hampir-hampir layak, mentah-mentah Shaklee
akan reject. Ini kerana trip Shaklee 100% eksklusif dan Shaklee tak reward
berdasarkan seniority tapi berdasarkan business performance semata-mata tak
kira downline ataupun upline semuanya mempunyai peluang yang sama.
Selain itu
tiada had berapa banyak point yang boleh skor. Di Shaklee lagi banyak skor lagi
banyak tiket boleh dapat. Itu yang Pengasas iReach boleh dapat sampai 5-6
tiket. Apa pun semua pengedar mempunyai peluang yang sama.
Macam mana? Best sangat-sangat kan trip shaklee
ni. Sekiranya anda nak rasa trip Shaklee
sebegini jomlah join Shaklee dengan group saya. Cepat-cepatlah mendaftar sebagai
ahli Shaklee. Selain jadi lebih sihat , anda berpeluang menikmati percutian yang mewah secara
percuma dengan Shaklee.
Nak saya bantu anda ?
SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA
Your Shaklee Independent Distributor
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak > Selayang > Rawang > Kepong > Ampang > KL
.................................
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia
ATAU
Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.
.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.
0 comments: