Risiko Kanser Payudara Yang Perlu Anda Tahu Serta Cara Mencegahnya.

1:32 pm Farahana 0 Comments


Tahukah anda, setiap tahun kira-kira 5,000 wanita di Malaysia telah di sahkan menghidap penyakit kanser payudara. Malah kaum lelaki juga tidak terlepas dari penyakit kanser payudara ini walaupun ia jarang berlaku dalam kalangan lelaki. Antara faktor risiko adalah:



1. Umur- Pesakit yang lebih tua umurnya memiliki risiko yang lebih tinggi mendapat kanser payudara.  1 daripada 500 wanita dalam lingkungan umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara dan angka ini meningkat kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau 40 - 45 tahun.

2. Sejarah keluarga - Wanita yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara ini juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara

3. Sejarah menghidap kanser - pernah menghidap kanser sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.

4. Sejarah haid; perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus haid memiliki
risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. wanita yang
telah melalui masa haid lebih dari 40 tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk
mendapat kanser payudara berbanding dengan mereka yang melalui haid dalam masa
yang pendek.

5. Sejarah kelahiran; wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya
pada usia yang lanjut, mendapat risiko yang lebih tinggi untuk memperolehi penyakit ini disebabkan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.

6. Estrogen eksogenus; wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil
perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk
memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah kepada paras estrogen yang tinggi dalam badan

7. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim.

8. Alkohol; terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan alkohol akan meninggikan lagi risiko pembentukan kanser payudara.

9. Diet yang tinggi lemak juga dikatan mempunyai hubungkait dengan risiko kanser payudara. Kaitan ini telah dikenalpasti berdasarkan pelbagai kanser payudara yang menyerang masyarakat yang mengamalkan diet yang berbeza.



CARA MENCEGAH KANSER PAYUDARA
Bak kata pepatah, ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’. Mari kita lihat bagaimana caranya untuk mencegah kanser payudara.
1. Hindari Obesiti


Menghindari Obesiti adalah salah satu cara mengelakkan pelbagai jenis penyakit termasuk  kanser. Ini kerana estrogen anda dikaitkan dengan jumlah lemak anda sebab estrogen memiliki peranan besar terhadap perkembangan kanser payudara. Oleh itu, amalkan pemakanan yang sihat dengan diet rendah lemak.
2. Jangan minum Alkhohol



 Banyak kajian yang sudah terbukti bahawa wanita yang minum alkhohol mempunyai kadar yang lebih tinggi mendapat kanser. Alkohol dipercayai dapat meningkatkan kandungan estrogen dalam tubuh yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser payudara.
3. Berkeluarga lebih Awal Jika Boleh



Kajian terbaru mendapati bahawa wanita yang sudah mempunyai anak dibawah usia 30 tahun boleh mengurangkan risiko mendapat kanser. Hal ini kerana ia boleh meningkatkan protein p53 yang mampu melindungi kita dari mendapat kanser payudara.

4. Amalkan Penyusuan Badan



Beberapa kajian telah mendapati bahawa wanita yang menyusukan mempunyai risiko lebih kecil berbanding dengan wanita yang tidak pernah menyusukan anak.


5. Elakkan Terapi Hormon selepas Menopause



Penggunaan terapi hormon kerap digunakan untuk menangani sukar tidur, cepat marah, dan faktor lain yang disebabkan oleh menopaus. Kombinasi terapi hormon estrogen dan progestin boleh meningkatkan risiko terkena kanser pada payudara. Tidak disyorkan mengambil terapi hormone ini  lebih dari 5 tahun. Adalah lebih baik jika anda dapat elakkan terapi ini dan gunakan alternatif lain seperti bersenam dan melakukan meditasi untuk menghadapimasalah anda selepas menopause.


6. Bersenam




Bersenam boleh menjadi faktor mencegah penyakit kanser payudara kerana kandungan estrogen dalam badan  akan berkurang apabila tubuh anda melakukan aktiviti senaman.


7. Periksa Payudara Anda Setiap Bulan



Lakukan pemeriksaan payudara anda sendiri setiap hari. Walaupun ia tidak dapat mengurangkan risiko mendapat kanser tetapi dapat mengesan kanser di peringkat awal yang akan menjamin anda mendapat rawatan yang kurang agresif selain menyelamatkan payudara anda.

BAGAIMANA SUPPLEMEN SHAKLEE MEMBANTU MERAWAT KANSER PAYUDARA
Secara alternatifnya kanser payudara mungkin boleh dikawal dengan bantuan suplemen. Nutrisi di bawah mampu membantu meningkatkan daya tahan tubuh mengawal komplikasi lain akibat penyakit tertentu, mengawal keradangan dan inflamasi serta memberi tenaga untuk kekal cergas.

Di antara suplemen yang membantu pesakit kanser payudara:

Vivix : Asid Elagik membantu meningkatkan imun sistem pesakit kanser payudara terutama mereka yang telah menjalani rawatan radiasi atau kemoterapi. Ia juga mengandungi resveratrol dan polyphenols yang sangat bagus dengan fungsi anti radang, antioksidan, anti tumor dan antimikrobial.

ESP : Protein premium yang membantu penghasilan enzim dan imunoglobin yang sangat membantu dalam penghasilan sel imun tubuh seperti antibodi

Nutriferon : Meningkatkan imun sistem dengan cara mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh


Sustained Released Vitamin C : Ia membantu meningkatkan aktiviti sel darah putih, antimikrobial dan sel pembunuh semulajadi



Vitalea : Zinc di dalam vitalea meningkatkan penghasilan sel pembunuh semulajadi di dalam tubuh
Carotomax : Vitamin A membantu meningkatkan fungsi sel darah putih. Ia juga meningkatkan kerintangan terhadapinfeksi dan bahan-bahan karsinogen (bahan-bahan yang menyebabkan kanser).


Garlic Complex : Ia merencetkan keupayaan kuman dan bakteria untuk membesar dan berkembang


Vivix merupakan suplemen paling utama yang perlu diambil oleh pesakit kanser payudara. Mengapa? Jom baca penerangan di bawah.

BAGAIMANA CARANYA VIVIX BERFUNGSI

Buat pengetahuan anda anda, resveratrol merupakan rawatan alternatif yang amat di yakini dan mempunyai bukti yang kukuh di dalam membantu membaikpulih kitaran sel tubuh serta melawan kewujudan sel abnormal.

Bahkan Ianya juga dikatakan merupakan perubatan semulajadi pertama yang mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan resveratrol ini mampu menghentikan atau menghalang  pelbagai masalah penyakit berkaitan sel.

Lebih 2000 penerbitan penyelidikan berkaitan resveratrol telah dihasilkan termasuklah beberapa kajian yang dijalankan oleh National Institute of Aging, Harvard University,  National Cancer Institute dan lain-lain lagi.


Resveratrol menghalang sel kanser dengan cara :

Menghentikan gen kanser
Bagi tubuh yang normal, badan akan bereaksi untuk menjadikan gen untuk hidup atau mati. Proses ini dinamakan pengasetilan atau penyahasetilan. Bagi kanser pula, sel menjadi tidak terkawal dan akan mengaktifkan “gen kanser”nya sendiri dan menggalakkan penyebaran sel-sel yang tidak sihat. 

Resveratrol akan mengawal proses penyahasetilan dan mengaktifkan gen “panjang umur”. Dengan itu, proses kanser akan dapat dihentikan.


Memberi kesan anti-kanser
resveratrol mampu memperlahankan atau menghentikan tahap tertentu kanser. Ia menyekat penyerapan estrogen dan androgen (tidak kira sel kanser itu mempunyai reseptor negatif atau positif), memodulasi ekspresi gen dan menyebabkan sel kanser mati melalui penyahasetilan. 


Penyelidikan lanjut di Austria mendapati resveratrol telah terbukti turut menyekat kemampuan sel kanser untuk mengalami metasis ke dalam tulang pada kadar 30 – 71%.

Menterbalikkan kesilapan DNA
Apabila kebolehan sel untuk “mereplika” semula DNA baru mereka kepada sel yang baru merosot, ia akan menjejaskan sistem tubuh kita. Disebabkan oleh “kesilapan” DNA dan penimbunan serpihan pecahan DNA yang tidak boleh digunakan, sel tidak dapat berfungsi dengan baik dan mengakibatkan kemerosotan dan kematian sel. 

Resveratrol mampu mengurangkan kesilapan dan sisa DNA ini sehingga 60% melalui kebolehannya untuk merangsang gen “panjang umur”.

Menghalang kanser tanpa memudaratkan
Kebolehan resveratrol menghentikan kanser adalah berkait rapat dengan kemampuannya membezakan sel kanser dan sel sihat. Bagi kimoterapi, ubat yang digunakan tidak dapat membezakan di antara sel sihat dan sel kanser. 

Maka, ia akan menyerang kedua-dua jenis sel pada masa yang sama. Sebaliknya, resveratrol tidak merosakkan sel sihat tetapi melindungi sel sihat ketika mematikan sel kanser.

Resveratrol juga mampu menghilangkan radikal bebas, mengaktifkan atau menyahaktifkan enzim/gen/hormon dan kimia dalam tubuh. Ia mengaktifkan gen penumpas tumor dan gen yang menyahtoksik bahan kimia dan dalam masa yang sama menahan gen yang membolehkan sel kanser berhubung antara satu sama lain.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, penyelidik dari University of Rochester (terbitan March, 2008) telah membuktikan bahawa resveratrol membantu memusnahkan sel kanser dengan menembusi sumber tenaga teras sel kanser tersebut atau lebih dikenali sebagai mitochondria, dan melumpuhkan fungsinya.

Mitochondria ini mempunyai DNAnya yang tersendiri dan mempunyai kebolehan untuk membekalkan tenaga kepada sel secara berterusan apabila berfungsi dengan betul. Apabila resveratrol dibekalkan kepada mitochondria, ia akan mengganggu sumber tenaga sel-sel kanser tersebut.

Apabila sumber tenaga sel kanser terganggu, secara teorinya ia akan menghentikan pertumbuhan sel kanser.

Di dalam Vivix Shaklee terdapat resveratrol dan poliphenol yang jika digabungkan akan turut melindungi DNA sel, menghalang tindakbalas kimia dan radiasi yang akan menyebabkan kanser, melawan radikal bebas dan menghalang inflamasi.


TESTIMONI PENGGUNA SUPLEMEN SHAKLEE









Kurangkan risiko, amalkan gaya hidup yang sihat dan cegahlah kanser payudara sebelum terlambat.

Sekiranya anda menghidap kanser payudara, saya syorkan anda mengambil vivix dan ditambah dengan suplemen lain seperti yang dicadangkan di atas. Kemudian, lakukan pemeriksaan semula untuk melihat perkembangan kanser payudara anda. Sesungguhnya kita hanya berusaha, namun Allah jua yang sebenarnya memberikan kesembuhan.

Selain berikhtiar, sentiasalah berserah diri dan memohon pertolongan dari Allah. S.W.T. Dekatkan diri dengan Allah dan mintalah pertolongan daripada-Nya supaya diberi kesembuhan diatas penyakit ini.


Nak saya bantu anda ?

SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA


Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.




You Might Also Like

0 comments: